Assalamulaikum
dan Salam Sejahtera...
Masih
bertahan puasa lagi tak? Sambil kawan- kawan bekerja hari ini, mesti ada yang
memikirkan juadah berbuka puasa kan. Tentu ada yang tak sabar nak beli juadah
di Bazaar Ramadhan. Bazaar Ramadhan ada macam – macam juadah yang mungkin kita
sukar dapati pada bulan – bulan biasa kan. Mungkin ada juga yang sudah
merancang untuk memasak di rumah, maklumla, bagi penjawat awam, waktu pulang
bekerja jam 4.30 petang kan. Bagi yang ada hari – hari istimewa di bulan
Ramadhan ni, tentu berbuka puasa dengan Bufet Ramadhan di hotel – hotel berdekatan.
Saya juga ada mengintai – intai Bufet Ramadhan di sekitar hotel disini. Ada
tawaran yang nampak menarik dan ada juga harga yang sedikit keterlaluan.
1 dan 2
ramadhan yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama
hubby. Jadi seperti biasa, usai bekerja pada hari Jumaat, saya bertolak ke
daerah hubby yang mengambil masa hampir dua (2) jam perjalanan. Pada 1
ramadhan, saya tidak memasak. Saya dan hubby excited sangat mahu ke Bazaar Ramadhan berdekatan. Maklum sahajala,
Bazaar Ramadhan di daerah hubby ini terdapat 84 gerai yang disediakan dan
tentula rambang mata. Nafsu makan perlu dikawal ketika ini untuk elakkan
pembaziran.
Pada 2
ramadhan pula, kami turun ke rumah keluarga mentua. Tetapi, saya dan hubby
tidak berbuka di rumah mak dan bapa mentua saya, sebaliknya kami berbuka di
luar. Harap keluarga mentua faham kerana saya hanya bertemu hubby dua (2) kali
seminggu sahaja. Minggu ini kemungkinan kami akan pulang ke rumah keluarga saya
untuk berbuka bersama dan minggu hadapan lagi, kami turun ke rumah keluarga
mentua saya pula untuk berbuka puasa bersama. Sejak berkahwin ini, saya dan
hubby kena pandai bahagikan masa untuk menjenguk keluarga saya dan keluarga
mentua saya. Maklumla, kedua-dua keluarga kami hanya dalam satu (1) negeri yang
sama. Jadi, perlula luang masa lebih kan.
Haa,
untuk pengetahuan kawan- kawan, pada kali ini kami berbuka di Black Canyon. Saya pergi dahulu untuk
membuat tempahan tempat dan makanan sementara hubby menghantar juadah berbuka
di rumah keluarganya. Menu yang kami pilih ialah:
Kurma disediakan |
Sup turut disediakan dalam hidangan |
Lamb Chop pilihan berbuka hubby |
Salmon Steak pilihan berbuka saya |
Iced Chocolate dan Blackpuccino |
No comments:
Post a Comment