Iftar di luar lagi? Iye, kalau dah hujung minggu,
sungguh saya pantas mencari tempat makanan menarik untuk dituju. Lebih- lebih
lagi kalau minggu itu dihabiskan bersama hubby.
Bila pula hubby nak merasa ‘air
tangan’ saya ni??? Ermmm, bila ye hubby???
Iftar minggu lepas sebenarnya tidak dirancang.
Kebetulan saya turun ke Ipoh dan hubby
pula berada di rumah ayah mak nya. Jadi, saya pun lantas sms hubby dan mengajak berbuka di luar. Saya mengambil hubby di rumah keluarga mentua dan kami
mencari – cari destinasi berbuka puasa. Hubby
mencadangkan untuk berbuka di Restoran
Simpang Tiga.
 |
Lupa pula nak ambil gambarnya, jadi minta Mr. Google |
Sebelum saya teruskan dengan juadah yang sangat-
sangat la menarik di sini, saya selitkan beberapa perkara mengenai iftar di
sini:
·Makanan
yang dihidangkan adalah secara buffet di mana harga
bagi Dewasa ialah RM 26.00
manakala bagi kanak – kanak ialah
RM23.00.
·Sungguh,
hidangan makanan di sini sangat banyak dan bertaraf
hotel!!!
·Bagi
makanan utama disediakan dua jenis nasi iaitu nasi putih
dan nasi minyak.
Pelbagai jenis lauk yang disediakan
termasukla ayam goreng rempah, fillet ikan,
ikan masak lemak
cili api, tom yam dan banyak sangat lauk pauk.
·Turut
dimasak di dalam kawah yang besar ialah daging masak
kawah dan kari kambing!!!
Memang sedap!!!
·Bagi
yang mahu makanan yang sedikit ringan, disediakan secara
panas iaitu mee goreng, bihun goreng dan mee kari.
Ada lagi ke???
Ada...
·Bagi
pilihan minuman sejuk pula, terdapat 4 pilihan utama
iaitu air keladi, air
laici, air sarsi dan teh o ais.Bagi
minuman panas pula, disediakan teh tarik
yang sangatlah sedap
dan berkrim. Yang lebih- lebih menarik pula, disediakan
kios
Air Kacang!!! Aduh...hilang dahaga!!!
·Turut
disediakan pelbagai jenis ulaman dan sambal. Terdapat
juga pecal, ikan kering
dan telur masin.
·Haa,
yang paling menarik tentulah bahagian pencuci mulut!!!
Inilah bahagian yang
paling saya suka sebab semua pencuci
mulut yang disediakan sangatla sedap. Dari
kuih - muih
tradisional sehinggala puding, sandwic dan sebagainya.
·Yang
lebih mudah, restoran ini turut menyediakan kemudahan
surau bagi lelaki dan
wanita. Jadi, selepas makan, boleh
menunaikan solat Maghrib dan sambung semula
dengan pencuci
mulut.
Haa, tak sabar dah kan.. Jom kawan – kawan, kita tinjau menu yang kami
ambil!!!
 |
Nasi putih untuk saya, dan nasi minyak untuk hubby |
 |
Kari kambing pilihan hubby |
 |
Tom Yam pilihan saya |
 |
Ayam percik dan kerang rebus |
 |
Lala........lalalala... |
 |
Telur masin dan ikan kering |
 |
Macam tauhu sumbat |
Banyak sudah ambil lauk - pauk ni. Tak dahaga ke???
 |
Tentula dahaga, jadi kami pilih semua minuman |
Alhamdulillah, masa untuk berbuka...
 |
Hubby dengan wajah yang kelaparan |
 |
Berdoa dulu... |
Eh, pencuci mulut macam mana???
 |
Tembikai juga jadi pilihan |
 |
Puding 3 lapis -Jagung, strawbery, anggur |
 |
Tembikai susu dan susu sejat...sangat sedap!!! |
 |
Inilah yang paling - paling sedap!!! |
Secara keseluruhannya, inila juadah yang kami ambil untuk berbuka puasa.
 |
Tetap habis semua ini... |
Alhamdulillah...minggu ini sempat berbuka bersama- sama...
Haa, sabar...dugaan berpuasa bila tengok makanan
kan. Kawan- kawan, saya cadangkan kawan- kawan untuk iftar di sini. Memang
berbaloi- baloi. Saya rasa seperti mahu berbuka puasa di sini lagi. Restoran
ini sangat besar dan boleh memuatkan hampir ratus orang. Jadi digalakkan untuk
rakan- rakan membuat tempahan terlebih dahulu disebabkan sambutan yang sangat
menggalakkan. Masih teringat- ingat lagi rasa juadah di sini...Sedapnya...