Thursday, September 27, 2012

Berkhidmat Untuk Negara!!!



Amboi, tajuknya...Macam besar sangat jasa yang nak dicurahkan pada negara ni. Eh betul la tu!!! Siapa kata tak besar??? Iye, menjadi sebahagian daripada Anggota Unit Beruniform dah tentula menyumbang kepada keselamatan dan keamanan negara kan. 

Seriusnya bunyi??? Eh, takla. Bukanlah serius mana pun entri kali ni. Tujuan blog ini dibuat pun hanya untuk relax2 jer. Tak mau bincang benda yang berat- berat. Cukup – cukup lah kerja- kerja di pejabat pun dah memeningkan kepala. Kita cerita yang simple- simple saja di blog ye!!! 

Sebenarnya, dah lama sangat pun saya dan hubby berpeluang menjalankan tugas- tugas Unit Beruniform ni. Tapi saya tak kongsikan sebab gambar- gambar dalam simpanan terlalu sedikit. Maklumla, time- time bertugas, tak kan lah nak berposing- posing pulak kan. Tapi ader la ckit- ckit. Jadi, saya kongsi yang ckit- ckit ini jer ye. Kami berpeluang menjalankan tugas sebagai Pegawai Polis dan Pegawai Bomba. Di mana tu??? Ala, tempat tak mau la bagitahu. Tak penting pun kan (padahal dah luper!!! hahaha!!!)

Ohh nak bagitahu, sebenarnya, kursus yang saya dan hubby hadiri adalah berlainan tarikh dan masa. Cuma saya sekalikan saja gambar- gambar ini. Kami lakukan tugasan/ aktiviti yang hampir sama kerana tempat dan silibus adalah sama. Kiranya, saya tidak ketemu hubby, tetapi kami saling bertukar gambar. Haa, tentang saiz pakaian beruniform ni memang cukup sensitif la saya. Maklumla, memang dah konfem sangat ‘pokok rendang’ macam saya di tak ada saiz. Jadi, agak- agak nampak pakaian saya tu selekeh, abaikan la yer!!!






























Ada lagi ke???





Eh ada lagi, Unit Beruniform terakhir yang kami sertai ialah Askar Wataniah. Kursus ini dihadiri selama sebulan untuk mendapat pangkat sebagai Perajurit Muda Askar Wataniah. Sungguh, inilah pengalaman yang saya tak boleh lupakan. 

Andai diminta mengulang kembali kursus ni... 
saya,
TAKKKKKKKK NAKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SERIKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!
















Akhirnya, tamat juga kursus kami bagi semua Unit Beruniform ini. Alhamdullilah, pengalaman yang sangat- sangat BERHARGA!!!




Tuesday, September 25, 2012

TIPS SANTAI !!!



Apa itu Tips Santai???

Haa, tips santai adalah satu segmen baru yang saya adakan untuk memberi tips2 berguna kepada kawan- kawan..hohoho..berguna sangatla kan... Tips2 ini saya peroleh sepanjang pengalaman hidup dan dari pemerhatian saya di sekeliling. Amboi, bunyi macam dah hidup beratus2 tahun...Untuk segmen pertama ini, saya mulakan dengan: 




Tips Santai (TS 1)  

~5 CARA NYOROKKAN BUNYI KENTUT~



NO. 5

Ketuk meja dengan pen. Haa, ni kes – kes yang tengah duduk kat meja opis atau kelas. Dah hampir2 nak kentut tu, ketuk – ketuk la meja sambil buat macam tengah berpikir. Tapi janganla ketuk meja sampai mengganggu! Kang tak pasal- pasal kepala yang kena ketuk. Lepas dah kentut dan ketuk meja, buat2 la plak menulis atas kertas. Konon2 dah datang idea...hahaha!!!

Laa ketuk diri sendiri plak!

NO. 4

Haa, buat – buat batukla. Ala, cara standard kan!!! Agak- agak nak terkentut tu. Time2 tu la batuk nya!!!
Uhuk ! Uhuk !  (alahai, batuk hipokrit!!!) Bunyi meletup takde, tapi bau tetap meletup! hahaha!!!

Amboi, over la batuk cm gini

NO. 3

Haaacuummm!!! Haa, time2 ni la habuk masuk hidung. Nak lagi real, kesat2 la ckit hidung, pastu buatla sedut- sedut hingus ckit! Haa, nak lagi real??? Haa, lap ckit hidung ngan tisu, konon2 lap hingus la, padahal tak tahan bau kentut sendiri...hahaha!!!

Lebih kurang macam ni laa

NO. 2

Sembang/tanya laju- laju!!! Haaaa? Macam mane tu? Haa, ni taktik bagi grup yang tengah bergosip. Time orang semua cibuk bergosip dan tak tahan sangat nak kentut, buat2 la tanya “haa, apa dia, apa dia???” atau “ Eh tak dengar- tak dengar” ataupun “Ala, ulang balik, ulang balik”. Cakap secara laju- laju + kuat- kuat + buat sekali ngan gaya- gaya tangan! Haa, konfem orang tak perasan kentut dah dilepaskan...hahaha!!!

Over lagi


NO. 1 (Tips Terakhir)

Kahkahkahakah!!! Hahahaha!!! Warghhhwarghhh!!! Haa, ni jenis versi ketawa/ gelak besar- besar. Time ni la, lawak sangat member sebelah dok bercerita. Padahal bukan lawak mana pun. Ala, tak kisah la kan, bukan bg perhatian sgt pun psl member sebelah punya topik, sebab dok pikir camne nak control kentut jer sbb ader mamat encem kat situ!!! Ceh!!! 

Member sebelah dah bengang sbb cium bau

~Kentut ohh kentut,Bak kata hubby “ Better Outside Than Inside” ~

Muka lega dapat kentut

Monday, September 24, 2012

Iftar terakhir di luar, Pizza Hut sebagai pilihan...




Baiklah, ini entri terakhir iftar di bulan Ramadhan. Waktu ini, saya dan hubby mengambil cuti dan menuju ke Melaka untuk mengambil adik bongsu saya usai menjalani praktikal. Tidak silap saya, 3 hari sebelum aildifitri. Kami bertolak lewat dari Melaka dan menuju ke Ipoh, untuk berbuka puasa. Kami singgah di shopping mall, membuat tempahan di Pizza Hut dan  menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu. Selepas selesai solat, baru lah kami berbuka puasa.

Jom tengok juadah!!!

Adik bongsu saya memilih juadah:

Lime pepper Chicken Chop


Kami pilih Favourites Platter

Ada New Orleans Drumettes

Ada Criss- cut fries

Dan Toasted Chicken&Cheese Rolls


Dan yang terakhir adalah menu utama:

Pizza!!!

Ohh sedapnya!!!


Sebenarnya di shopping mall ini, kami masih mencari dress si gegirl rania yang berwarna hitam/putih/ grey. Tapi, dukacitanya, kami tidak menjumpai yang comei- comei untuk anak sedara kami. Ohh cian Rania... Tapi alhamdullilah... perut kenyang!!!

Macam nak berbuka di sini pula petang ini... Ohh puasa tak habis ganti lagi...





Iftar bersama ibu di Chicken Rice Shop...


Sungguh, saya sedar saya sebenarnya terlewat. Seharusnya saya melepaskan entri ini ketika Ramadhan yang lalu, tetapi maaflah, saya tidak sempat. Saya terpaksa lepaskan entri ini selepas Syawal. Dan akan datang beberapa entri sebagai penutup kepada bulan Ramadhan dan Syawal yang lalu. Izinkan ye!!!

Ummi si gegirl Rania call


Ibu sabar menunggu waktu berbuka


Sebenarnya, Chicken Rice Shop adalah destinasi makanan kegemaran ibu saya. Jika bertanya di mana pilihan tempat makan ibu, sudah pasti ibu akan menjawap ‘The Chicken Rice Shop’!!! 

Ramadhan yang lalu, saya sempat berbuka bersama ibu rentetan kami sibuk mencari dress si gegirl Rania. Risau benar opah si gegirl Rania jika cucu seorangnye itu tidak memiliki dress seperti umminya. Jadi, sudah tentulah saya sebagai pemandu pelancong tetap kepada ibu, perlu melunaskan tugas tersebut. Tapi sebelum kami bertungkus lumus mencari, kami iftar di sini dahulu. 

Juadah yang ibu pilih seperti biasa, nasi ayam dan lauk sampingan seperti di bawah:

Roasted Chicken

Ipoh Beam Sprouts


Rainbow Delight Dessert

Juadah pilihan saya pula:


Curry Laksa



Akhirnya, kami jumpa sepasang dress si gegirl Rania. Namun, hampa sebab tidak dapat mencari dress warna hitam/putih/grey. Maklumlah, kebanyakkan pakaian kanak- kanak berwarna ceria. Sukar nak mencari warna – warna gelap. Apapun, alhamdullilah... Perut kenyang dan tujuan tercapai!!!


Sudah sebulan lebih!!! Ohhh tidak!!!



Assalamualaikum kawan- kawan...

Apa yang sudah sebulan lebih ni???  Ia, lah...hitungan hari di mana saya yang tidak mengetuk papan kekunci dan membiarkan minda mengarang... Sungguh, banyak cerita yang hendak dikongsi tetapi kesibukkan juga menjadi mangsa sebagai alasan untuk tidak mengarang.


Baiklah, sebelum saya mengarang dengan lebih banyak entri, saya nak kongsikan dahulu minuman kegemaran saya!!! Inilah minuman yang saya cari talkala kepenatan... Aduh, sedapnya, nikmat sungguh!!! 

Bukan yang di depan...


Menyorok pulak...

Haa... itu pun dia!!!

Mr. Chocolate Ice Blended!!!

Haa..sedap tak? sedap tak? Saje mahu membangkitkan nafsu makan kawan- kawan... hehehe... jangan marah!!! Sebab selepas ini, banyak lagi entri Mengisi Yang Kosong untuk dikongsi bersama kawan- kawan... 

Tunggu ye!!! Sekejap saje lagi...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...