Wednesday, August 15, 2012

Tunjukkan Kepadaku...

Hilangkan lah sayang itu,
Lenyapkan lah kasih itu,
Sembunyikan lah cinta itu,
Buanglah perasaanku terhadap dia...


Tenangkan lah hatiku,
Tabahkan lah diriku,
Tetapkan lah pendirian ku,
Melalui hari - hari duka yang berlalu...


Putuskan dia dariku,
Jauhkan dirinya dariku,
Jika benar, dia bukan milik aku...




Wednesday, August 8, 2012

Iftar di Restoran Simpang Tiga


Iftar di luar lagi? Iye, kalau dah hujung minggu, sungguh saya pantas mencari tempat makanan menarik untuk dituju. Lebih- lebih lagi kalau minggu itu dihabiskan bersama hubby. Bila pula hubby nak merasa ‘air tangan’ saya ni??? Ermmm, bila ye hubby???



Iftar minggu lepas sebenarnya tidak dirancang. Kebetulan saya turun ke Ipoh dan hubby pula berada di rumah ayah mak nya. Jadi, saya pun lantas sms hubby dan mengajak berbuka di luar. Saya mengambil hubby di rumah keluarga mentua dan kami mencari – cari destinasi berbuka puasa. Hubby mencadangkan untuk berbuka di Restoran Simpang Tiga

Lupa pula nak ambil gambarnya, jadi minta Mr. Google


Sebelum saya teruskan dengan juadah yang sangat- sangat la menarik di sini, saya selitkan beberapa perkara mengenai iftar di sini:
·Makanan yang dihidangkan adalah secara buffet di mana harga
 bagi Dewasa ialah RM 26.00 manakala bagi kanak – kanak ialah 
 RM23.00.
·Sungguh, hidangan makanan di sini sangat banyak dan bertaraf 
 hotel!!!
·Bagi makanan utama disediakan dua jenis nasi iaitu nasi putih 
 dan nasi minyak. Pelbagai jenis lauk yang disediakan 
 termasukla ayam goreng rempah, fillet ikan, ikan masak lemak 
 cili api, tom yam dan banyak sangat lauk pauk.
·Turut dimasak di dalam kawah yang besar ialah daging masak 
 kawah dan kari kambing!!! Memang sedap!!!
·Bagi yang mahu makanan yang sedikit ringan, disediakan secara 
 panas iaitu mee goreng, bihun goreng dan mee kari.



Ada lagi ke???



Ada...



·Bagi pilihan minuman sejuk pula, terdapat 4 pilihan utama 
 iaitu air keladi, air laici, air sarsi dan teh o ais.Bagi 
 minuman panas pula, disediakan teh tarik yang sangatlah sedap 
 dan berkrim. Yang lebih- lebih menarik pula, disediakan kios 
 Air Kacang!!! Aduh...hilang dahaga!!!
·Turut disediakan pelbagai jenis ulaman dan sambal. Terdapat 
 juga pecal, ikan kering dan telur masin.
·Haa, yang paling menarik tentulah bahagian pencuci mulut!!! 
 Inilah bahagian yang paling saya suka sebab semua pencuci 
 mulut yang disediakan sangatla sedap. Dari kuih - muih 
 tradisional sehinggala puding, sandwic dan sebagainya.
·Yang lebih mudah, restoran ini turut menyediakan kemudahan 
 surau bagi lelaki dan wanita. Jadi, selepas makan, boleh 
 menunaikan solat Maghrib dan sambung semula dengan pencuci 
 mulut.

Haa, tak sabar dah kan.. Jom kawan – kawan, kita tinjau menu yang kami ambil!!!

Nasi putih untuk saya, dan nasi minyak untuk hubby



Kari kambing pilihan hubby


Tom Yam pilihan saya

Ayam percik dan kerang rebus

Lala........lalalala...

Telur masin dan ikan kering

Macam tauhu sumbat

Banyak sudah ambil lauk - pauk ni. Tak dahaga ke???


Tentula dahaga, jadi kami pilih semua minuman

Alhamdulillah, masa untuk berbuka...


Hubby dengan wajah yang kelaparan

Berdoa dulu...

Eh, pencuci mulut macam mana???

Tembikai juga jadi pilihan

Puding 3 lapis -Jagung, strawbery, anggur

Tembikai susu dan susu sejat...sangat sedap!!!

Inilah yang paling - paling sedap!!!

Secara keseluruhannya, inila juadah yang kami ambil untuk berbuka puasa.

Tetap habis semua ini...

Alhamdulillah...minggu ini sempat berbuka bersama- sama...




Haa, sabar...dugaan berpuasa bila tengok makanan kan. Kawan- kawan, saya cadangkan kawan- kawan untuk iftar di sini. Memang berbaloi- baloi. Saya rasa seperti mahu berbuka puasa di sini lagi. Restoran ini sangat besar dan boleh memuatkan hampir ratus orang. Jadi digalakkan untuk rakan- rakan membuat tempahan terlebih dahulu disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan. Masih teringat- ingat lagi rasa juadah di sini...Sedapnya...





Tuesday, August 7, 2012

Perasaan itu...


Laju benar jemari menaip di papan kekunci. Sudah lama dipendam perasaan yang bercampur baur ini. Ada kalanya teruja, ada kalanya bersedih, ada kalanya menangis. Itulah yang dinamakan kehidupan. Ada ketika, ia sangat mengembirakan, namun di tengah jalan, tanpa diundang, datang pula khabar berita yang memedihkan. Apa nya??? Ini bukan entri luahan perasaan ye. Saja berkongsi cerita.



Sepanjang bulan Ramadhan ini, agak penat baik pada siang hari mahupun pada waktu malam. Saya pun tidak tahu mengapa. Pada hujung minggu pula, saya dan hubby sibuk membuat persiapan menyambut Syawal. Mengemas di luar rumah, memotong rumput dan sebagainya. Tetapi, di bahagian dalam rumah, saya tidak mula mengemas lagi. Rumah yang mana satu ni??? Ohh rumah ibu saya. Untuk rumah saya dan hubby, kami tidak membuat sebarang persiapan menyambut Syawal. Mungkin kerana rumah masih baru kerana kami baru sahaja berpindah. Untuk hari pertama hingga 3 Syawal nanti, kami akan berhari raya di rumah ibu saya dan pada 4 Syawal pula, kami ke rumah mentua (ayah mak hubby). Jadi, saya pulun mengemas rumah ibu. 

Maklum jugala, kali ini keempat-empat adik beradik kami berkumpul. Kakak akan pulang dari Perth, Australia dan Kak Yan akan pulang dari Kelantan. Adik sudah tentunya sedang cuti semester. Tidak ketinggalan, tiga orang cucu akan memeriahkan lagi raya kali ini, Abang Harraz, Abang Zaki dan si gegirl Rania. Dah tentunya ibulah insan paling teruja nak menyambut Aidilfiri kali ini. Ohh sangat teruja, gembira dan tidak sabar menanti Aidilfitri!!!



Selain itu, kami sekeluarga akan bercuti panjang pada bulan November ini. Kami semua akan terbang ke Perth, Australia untuk bercuti di sana. Tentula lagi teruja kan!!! Dapat berkumpul untuk kali yang kedua. Bukan mudah untuk dapat peluang sebegini. Seronok yang berganda!!! 

Namun, suatu hari, datang pula khabar yang menyedihkan. Hubby tidak dapat turut serta dalam percutian itu nanti kerana perlu menghadiri kursus atas tuntutan kerjaya. Dan tentula, orang yang paling sedih adalah saya. 

Tahun lepas, saya dan keluarga juga pernah bercuti di sana, pada kali ni pula, menantu-menantu akan turut serta. Jadi, bila hubby tidak dapat turut serta, saya semakin kacau bilau. Perasaan saya yang dulunya teruja, bertukar menjadi sedih yang teramat sangat. Saya rasa mungkin isteri –isteri di luar sana memahami perasaan hati dan jiwa saya ketika ini. Saya berbelah bahagi untuk bercuti. Saya perlu buat keputusan samada turut serta atau membatalkan tiket penerbangan tersebut. Ia, saya benar- benar buntu. 



Saya tidak mampu untuk menipu perasaan diri sendiri. Sedikit kesal dan terkilan dengan yang terjadi...






Iftar di Restoran Shabu- Shabu Steamboat Buffet


Sudah lama rasanya saya tidak mengarang dan mengetuk papan kekunci untuk blog ini. Sedikit sibuk dan kepenatan sepanjang bulan Ramadhan ini. Hujung minggu pula, bermacam aktiviti mengadakan persiapan menyambut Syawal dilakukan. Tapi, pada masa yang sama, saya tidak lupa juga berbuka puasa bersama rakan- rakan. Jom tengok di mana kami menikmati juadah berbuka puasa.

Dz, Syalwa, Akmal dan Nas (3 dara+1 mak dara)

Kali ini kami berbuka puasa di Restoran Shabu Shabu Steamboat Buffet yang terletak di Daerah Manjung. Saya terangkan serba sedikit mengenai restoran ini ye:

Jom terjah!!

  •       Restoran ini menyediakan steamboat buffet di mana bagi dewasa sebanyak RM 19.90(bagi kanak- kanak pula, saya lupa!!!)
  •   Di atas meja telah disediakan kuah tomyam dan sup. Cuma perlu di panaskan dengan menekan button sahaja.
  •   Hidangan utama yang disediakan ialah makanan laut seperti ketam, udang, sotong, kepah, lala dan banyak lagi. Turut disediakan pelbagai jenis cendawan dan rumpai laut.
  •   Selain itu, turut disediakan juadah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, maggi goreng dan lauk –pauk termasuk ayam masak merah dan lain – lain.
  •   Turut disediakan ialah bahan- bahan untuk grill (panggang) termasuk daging lembu, daging kambing, ayam, udang, lala dan macam- macam lagi.
  •      Jadi, kita boleh mengambil apa sahaja makanan yang disediakan dan hanya panaskan di dalam kuah pilihan samaada tom yam atau sup. Bagi bahan-bahan untuk dipanggang, hantar sahaja pada kaunter yang disediakan dan pihak restoran akan menghantar ke meja pelanggan setelah siap dipanggang.

Jom tengok juadah kami!

Antara bahan disediakan

Sedang sibuk memilih atau bergambar???

Selepas pilih, masukkan ke dalam kuah tom yam dan sup

Setelah panas, masa untuk menyedok

Ayam, daging kambing dan lala (grill)

Ambil mee untuk buat mee sup

Tom Yam ketam

Kepah/ Lala (Tidak pasti)

Udang grill yang sangat sedap

Pencuci mulut

Menarik kan kawan- kawan. Haa, tetapi perlu diingatkan agar kawan- kawan tidak membazir sewaktu mengambil juadah yang disediakan. Bagi mengelakkan pembaziran, pihak restoran telah mengenakan peraturan dimana setiap 100gram pembaziran makanan oleh pelanggan, dikenakan denda sebanyak RM5.00.

Dz dan Syalwa

Saya dan Nas

Selesai makan...Alhamdullilah...

Kami menikmati juadah ini sehingga jam 11.00 malam!!! Selepas puas makan, kami berjalan- jalan disekitar Lumut sebelum pulang.


Jejalan dulu...

Yeah!!! Seronok sangat malam itu. Dapat berjumpa dan bersembang – sembang. Kami ini tinggal berdekatan juga, tetapi kesibukkan masing- masing menyebabkan kekangan untuk berjumpa.


p/s: Terima kasih pada photographer kami pada malam itu, Dz. Bagi gambar yang cantik – cantik ni tentunya dari yang professional. Yang gambar kurang cantik itu, tentula dari kamera kecil saya. Mahu tengok hasil kerja Dz lagi??? Jom klik di sini!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...