Tuesday, June 26, 2012

Meraikan Minggu Bujang !!!


Minggu yang memenatkan. Rutin mingguan yang sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan pada minggu lalu. Ini kerana seawal jam 4.00 pagi saya dan rakan- rakan menuju ke Bukit Kiara kerana menghadiri mesyuarat persatuan. Kami tiba semula sekitar jam 5.00 petang. Walaupun saya tidak memandu, namun kepenatan yang dialami menghalang saya untuk pulang ke daerah hubby. Lantas, minggu lalu saya meraikan minggu bujang bersama kawan- kawan!!!

Kami berkunjung ke rumah rakan lama yang selamat melahirkan kembar sepasang. Rakan lama ini merupakan teman seperjuangan saya ketika di sekolah menengah. Namun, aliran matapelajaran memisahkan kami ekoran minatnya pada aliran yang berbeza dan tidak disediakan di sekolah tersebut. Soalan ditebak, bila pula giliran saya untuk mempunyai cahaya mata. Saya sekadar tersenyum dan hanya mampu menjawab, saya masih belum bersedia. Berdasarkan pengalaman dari sekeliling, saya begitu gusar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Dunia kini cukup mencabar. Andai saya tersungkur menjalankan tanggungjawab, kesannya begitu besar lebih-lebih lagi saya melahirkan seorang insan. Saya masih mencari kekuatan dan saya sangat perlukan sokongan.


Kembar sepasang

Usai menziarah, saya meluangkan masa bersama teman. Ia membuka laluan untuk kami berkongsi pandangan, pendapat dan masalah. Ianya cukup melegakan. Kami menghabiskan masa di Secret Recipe dengan juadah pilihan ini. Jom tengok menu!!!

Sudah ada di pekan kecil kami!!!



Grilled Black Pepper Chicken


Sedap !!!


Chicken Parmigiana


Sosnye sedikit kering


Chocolate Lava


Memang sedap sebab moist and coklat cair


Tropical Smoothie


Iced White Chocolate Coffee


P/s: Kemungkinan minggu ini bujang lagi!!! Rasa mahu tonton wayang!!!


Thursday, June 21, 2012

Episod Terakhir di A’ Famosa !!!


Saya kembali!!! Maaf ye, baru berkesempatan untuk update percutian saya di A’ Famosa, Melaka. Entri percutian ini dibuat adalah bertujuan untuk berkongsi dengan rakan- rakan pembaca. Mungkin kawan- kawan boleh jadikan panduan untuk memilih tempat percutian di dalam Malaysia. Dan saya sangat senang jika kawan –kawan juga boleh memberi pandangan dan panduan kepada saya.

Hari kedua adalah hari yang sangat panjang buat kami. Terlalu padat aktiviti kami pada hari tersebut. Jommmmmmmm, kita tinjau apa ada di Animal World Safari!!!

Bamboo Steak Corner

Destinasi pertama yang kami tuju ialah tempat makan!!! Ohh, dah tentula destinasi wajib saya yang memang gemar makan!!! Kami mengisi perut yang sebenarnya tidakla kosong sangat, tetapi takut berlapar sebab Animal World Safari ini sangat besar. Sambil berjalan- jalan, mungkin boleh lapar dan dahaga. Jadi, kita terjah Bamboo Steak Corner dahulu. Makanan di sini agak mahal berbanding dengan kesedapannya yang kurang.

Menu Chicken Chop

Selepas yakin dengan kekenyangan itu, kami menuju ke Wild- wild West Show!!! Saya suka sangat persembahan dari kota cowboy ini. Bayangkanla kawan-kawan aksi tembak-menembak, kejar-mengejar, lompat dan mengelak dan jatuh dari bangunan tinggi dapat dilihat secara live dan begitu dekat. Durasi lakonan ini juga panjang dan jalan cerita yang dipersembahkan sangat menarik!!!

Tombstone City


Menunggu persembahan

Real kan

Bersama pelakon -pelakonnya


Selepas bermesra dengan pelakon- pelakon Wild- Wild West Show, kami berseronok di Multi Animal Funtime. Di sini, pelakon – pelakon utamanya terdiri daripada haiwan- haiwan comel termasukla memerang, kucing, anjing, landak, monyet, arnab dan tak ketinggalan juga kerbau!!! Sangat bijak dan mencuit hati. DJ juga sangat petah mengacarakan persembahan ini. Jom bermesra dengan pelakon –pelakon ini!!!

Jom ke Multi Animal Show pula...

DJ yang petah dan mesra

Bukan berani sangat...

Ini pun takut - takut juga...

Sangat besar dan aktif

Macam di kampung pula...

Seterusnya, kami tidak mahu ketinggalan menyaksikan Bird Show. Di sini, persembahan terdiri daripada spesies burung di Animal Safari. Mereka telah dilatih oleh pelatih profesional dan yang sangat menarik, segala arahan yang diberikan, tidak pernah diingkari. Mereka patuh!!!

Bird Show pula...

Tiba-tiba ada itik pulang petang

Bersama pelakon utama Si Helang

Destinasi akhir kami pula ialah di persembahan gajah. Saat ini bukan sahaja saya sedikit kepenatan, kamera juga sudah kepenatan merakam. Gajah- gajah ini memberikan persembahan yang terbaik termasuklah memercikkan air daripada belalainya ke arah muka kami!!! Hubby pula terpilih untuk mengambil bahagian bersama gajah tersebut, tapi dukacitanya, gambar tidak dapat diambil kerana kehabisan bateri.


Persembahan gajah pula...

Berani ke hubby???

Untuk pengetahuan kawan –kawan, setiap show yang diadakan adalah mengikut waktu yang telah ditetapkan Jadi, dinasihatkan agar kawan- kawan survey dahulu waktu persembahan agar tidak ketinggalan pada semua persembahan yang diadakan didalam Animal World Safari ini!!! Memang sangat best dan berbaloi- baloi!!! Saya sendiri rasa mahu pergi lagi!!!


Kami pulang dulu...


















Episod Tiga A’ Famosa pula...

Beli tiket dahulu

Kawan – kawan nampakkan hubby saya sedang beli tiket. Pada sebelah malam selepas penat di water world, kami ke Cowboy Town!!! Apa ada didalam Cowboy Town ni??? 

Cowboy Town

Macam –macam tau kawan – kawan. Sebelum masuk, kita akan dihiburkan dengan muzik dari live band yang memakai pakaian cowboy

Di dalam pula, kita berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan termasuklah Red Indian Show dan Carnival.  Sepanjang persembahan tersebut, terdapat juga perarakkan kereta berhias, beca berhias dan perarakan haiwan!!! Bayangkanla kawan- kawan, bukan setakat manusia saja yang membuat perarakan, sebaliknya ayam, itik, kambing, lembu, kuda dan gajah juga berarak di hadapan kita!!! Memang mengagumkan!!! 

Dan yang paling menarik dan mengejutkan, tanpa kita sedari ada burung dan tikus putih akan melintas di atas tali yang berada di atas kepala kita. Comel sungguh!!! Sebagai penutup persembahan pula, kami dihidangkan dengan letupan bunga api!!! Sudah panjang saya mengomel, mesti kawan –kawan nak tengok gambarkan. Maafla, ada sedikit sahaja gambar, sebab waktu malam, gambar tidak berapa berkualiti.

Red Indian Show


Bermain api???

Beca berhias pun ada. Melaka kan...

Perarakan gajah pun ada

Saya dah lari dulu

Selepas enjoy dengan semua persembahan tadi, saya dan hubby pula berlumba- lumba di Fun Fair. Hubby begitu bersungguh- sungguh mahu menang. Akhirnya, dapat seekor Teddy Bear. Mana Teddy Bearnya??? Ohh, nanti saya tunjukkan pada entri lain ye. Entri ini baru untuk hari pertama. Untuk aktiviti yang kami lakukan di hari kedua pula, nantikan episod keempat ye kawan – kawan!!!  Terima Kasih!!!




Wednesday, June 20, 2012

Episod Dua A’ Famosa !!!


Kawan – kawan, saya sambung berkongsi ye. Untuk pengetahuan kawan – kawan, sebelum kami check in di Villa Suite, kami terlebih dahulu masuk ke A’ Famosa Water World. Kami luangkan masa di sana kerana check in di Villa Suite jam 4.00 petang. Saya pernah beritahu yang saya bukan penggemar Taman Tema Air kan. Jadi, bila masuk ke water world ini, hubby seorang sahaja yang bermandi manda. Saya bertugas sebagai Jurukamera yang tidak bertauliah sahaja. Memang seronok dalam water world ini. Jom jalan – jalan..

Jom saya bawa jalan - jalan


Hubby dah tak sabar- sabar, terus menyewa pelampung. Sementara hubby bermandi manda di ‘Wave Pool’, saya pula berehat –rehat di ‘Sandy Beach’. Bukanla berehat sangat, sebab mata saya begitu cekap memantau pergerakan hubby agar tidak terpesong pada pelancong mat salih.

Hubby pun nak pelampung juga

Wave Pool

Sudah tak sabar

Hubby beria benar pakai goggles

Teruja sangat

Gadis Pemantau!

Di 'Sandy Beach'

Untuk hilangkan kebosanan saya yang sedang memantau ini, hubby mengajak untuk kami berjalan – jalan di sekitar water world dan mencuba permainan lain. Bukan ‘kami’, tetapi hubby seorang sahaja yang mencuba. Hubby mencuba beberapa kali ‘High Speed Slides’. Panjang dan cerun!!! Memang menakutkan bagi saya!!! Bila saya sudah menarik muka sebab tidak benarkan hubby mencuba lagi, kami menuju ke ‘Body Slides’pula. Saya tunggu dibawah saja.

High Speed Slides

Sudahla tu hubby

Menunggu di Body Slides

Sudah muncul
Selain daripada tarikan di atas, banyak lagi tarikan di dalam water world ini. Ia termasuklah ‘Lazy River’, ‘Family Raft Ride’ dan ‘Inner Tube Slides’. Bagi kanak – kanak pula, tempat yang paling mereka gemari ialah di ‘Arabian Village’ dan ‘Kids Adventure Play Pool’.

Lazy River

Mencari jalan pulang

Bagi yang menggemari aktiviti air, memang berbaloi datang ke sini. Selain tarikan untuk aktiviti air, water world juga menyediakan kemudahan kafeteria, surau dan tentulah tempat untuk menyalin pakaian. Apabila dah puas bermain air, kami pun check in di Villa Suite. 

Apa pula aktiviti kami lakukan pada sebelah malam??? Saya akan kembali semula ye kawan -kawan. Lagi seronok aktiviti yang disediakan pada waktu malam!!! Seronok dan comel!!! Apa yang comel tu??? Haa, kawan - kawan nantikan ye!!!
















Bercuti di A' Famosa !!!


Agak- agaknya, mesti kawan –kawan terfikir tentang Taman Tema Air. Setiap kali melalui highway untuk ke selatan, saya sering mengimpikan untuk ke sana. Tetapi tidak berpeluang sebab tiada masa dan keperluan pun untuk ke sana. Kebiasaannya, tempat sebegini akan dikunjungi oleh keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Tetapi, entah mengapa saya begitu teringin walaupun saya bukanla penggemar Taman Tema Air.

Saya juga pernah luahkan pada hubby bahawa saya teringin sangat untuk ke sana. Dan lantas hubby mencadangkan untuk kami bercuti disana. Jadi, kami ambil keputusan untuk mengambil cuti selama 3 hari. Inilah percutian yang pertama kami selepas berkahwin. Tidak jauh, di dalam Malaysia saja. Segala urusan tempahan penginapan dan tiket masuk dilakukan oleh hubby. Sepanjang perjalanan, memang excited. Maklumla, semasa bujang dahulu tidak berkesempatan untuk bercuti di taman tema air kerana ayah saya tidak menggemarinya.

Sampai sahaja disana, saya mahu check in di Resort Hotel tetapi kelihatan hubby keluar dari lobby dan menuju ke tempat lebih jauh. Rupa-rupanya hubby buat suprise dan menempah penginapan di Villa Suite. Jom kawan –kawan, kita lihat penginapan di Villa Suite.

Kami menginap di Villa 1321


Setiap tetamu akan diberi remote pagar

Bahagian hadapan Villa

Ini bahagian depan Villa Suite. Tersergam indah di hadapan villa ialah swimming pool yang sangat besar. Untuk pandangan lebih jelas, jom kawan - kawan lihat seterusnya!!!


Swimming pool

Ada gazebo untuk beristirehat

Suka ruangan berehat disini

Dah lihat bahagian luar kan. Sekarang, kita lihat bahagian dalam Villa pula. Jommmmmmmmmm!!! Jooooooommmm!!!

Ruangan televisyen..Abaikan siaran tu ye!

Master Bedroom

Bilik air utama.
Ada bathtub

Bilik kedua

Bilik air di dalam bilik kedua

Ruang dapur.
Kami bawa makanan ringan!

Ruang makan

Mahu tahu tak ruang yang paling -paling saya suka??? Ruang yang paling - paling saya suka ialah Jakuzi!!! Ada pilihan air panas dan sejuk. Seronok sangat berendam dalam air panas. Menenangkan!!!

Jakuzi!!!
Penatnya menjelajah satu rumah ni kan kawan – kawan. Bayangkanla penginapan sebesar ini dan kami hanya tinggal berdua. Dah tentulah sunyi!!! Jadi, untuk menghilangkan sunyi, kami pun menerjah tempat menarik di A’ Famosa Resort!!! Untuk entri seterusnya, saya akan sambung kemudian. Sebab terlalu banyak aktiviti yang kami lakukan disana. Memang seronok A' Famosa ni kawan - kawan. Tak rugi bercuti dalam Malaysia!!!

Kawan- kawan tunggu tau!!!















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...