Tuesday, August 7, 2012

Perasaan itu...


Laju benar jemari menaip di papan kekunci. Sudah lama dipendam perasaan yang bercampur baur ini. Ada kalanya teruja, ada kalanya bersedih, ada kalanya menangis. Itulah yang dinamakan kehidupan. Ada ketika, ia sangat mengembirakan, namun di tengah jalan, tanpa diundang, datang pula khabar berita yang memedihkan. Apa nya??? Ini bukan entri luahan perasaan ye. Saja berkongsi cerita.



Sepanjang bulan Ramadhan ini, agak penat baik pada siang hari mahupun pada waktu malam. Saya pun tidak tahu mengapa. Pada hujung minggu pula, saya dan hubby sibuk membuat persiapan menyambut Syawal. Mengemas di luar rumah, memotong rumput dan sebagainya. Tetapi, di bahagian dalam rumah, saya tidak mula mengemas lagi. Rumah yang mana satu ni??? Ohh rumah ibu saya. Untuk rumah saya dan hubby, kami tidak membuat sebarang persiapan menyambut Syawal. Mungkin kerana rumah masih baru kerana kami baru sahaja berpindah. Untuk hari pertama hingga 3 Syawal nanti, kami akan berhari raya di rumah ibu saya dan pada 4 Syawal pula, kami ke rumah mentua (ayah mak hubby). Jadi, saya pulun mengemas rumah ibu. 

Maklum jugala, kali ini keempat-empat adik beradik kami berkumpul. Kakak akan pulang dari Perth, Australia dan Kak Yan akan pulang dari Kelantan. Adik sudah tentunya sedang cuti semester. Tidak ketinggalan, tiga orang cucu akan memeriahkan lagi raya kali ini, Abang Harraz, Abang Zaki dan si gegirl Rania. Dah tentunya ibulah insan paling teruja nak menyambut Aidilfiri kali ini. Ohh sangat teruja, gembira dan tidak sabar menanti Aidilfitri!!!



Selain itu, kami sekeluarga akan bercuti panjang pada bulan November ini. Kami semua akan terbang ke Perth, Australia untuk bercuti di sana. Tentula lagi teruja kan!!! Dapat berkumpul untuk kali yang kedua. Bukan mudah untuk dapat peluang sebegini. Seronok yang berganda!!! 

Namun, suatu hari, datang pula khabar yang menyedihkan. Hubby tidak dapat turut serta dalam percutian itu nanti kerana perlu menghadiri kursus atas tuntutan kerjaya. Dan tentula, orang yang paling sedih adalah saya. 

Tahun lepas, saya dan keluarga juga pernah bercuti di sana, pada kali ni pula, menantu-menantu akan turut serta. Jadi, bila hubby tidak dapat turut serta, saya semakin kacau bilau. Perasaan saya yang dulunya teruja, bertukar menjadi sedih yang teramat sangat. Saya rasa mungkin isteri –isteri di luar sana memahami perasaan hati dan jiwa saya ketika ini. Saya berbelah bahagi untuk bercuti. Saya perlu buat keputusan samada turut serta atau membatalkan tiket penerbangan tersebut. Ia, saya benar- benar buntu. 



Saya tidak mampu untuk menipu perasaan diri sendiri. Sedikit kesal dan terkilan dengan yang terjadi...






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...