Friday, October 12, 2012

Selamat Hari Lahir!!!

Selamat Hari Lahir Ke- 26 !!!


Wish untuk siapa ni??? Wish untuk diri sendiri...hehehe... Boleh tak???


Saya doakan agar, diri saya sentiasa dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki (rezeki yang berkat) dan menemui kebahagian yang diimpikan. Semalam, dalam sejarah juga la sebab celebrate sorang2 di Sushi King dan belikan diri sendiri hadiah iaitu handbag N sandal !!! hehehe... (Actually sandal tak jumpa lagi sebab semalam rush sangat, ayah dok pesan belikan Kenny Rogers, so hari ni nak sambung cari sandal. Beg tangan dapat dah!!! Murah jer...hehehe)

Ok, sempena umur dah meningkat ke 26 tahun ni, ada beberapa perkara yang saya ingin laksanakan sebelum terlambat antaranya:
1) Sambung belajar (saya dah survey course dan universiti, so tengah rancang untuk apply N rancang masa)
2) Start menabung lebih banyak (Ok, ini untuk persediaan tukar kereta N beli rumah...hehehe...) Tapi bukan beli dalam masa terdekat ni. Cuma merancang lepas ni kena berikat perut sedikit.
3)Tukar status (Opps!!! Hehehe...InsyaAllah, sedang berfikir untuk mengambil tindakan yang sepatutnya)
4)Masuk kelas dot. dot. dot...hehehe... Actually ada beberapa kelas sampingan yang saya minati N tengah berfikir untuk memilih yang mana satu...

Ok, cukupla dulu. Nanti kalau banyak2 tak dapat buat pulak. Buat mana yang mampu dulu. Tahun depan, tambah lagi.



Friday, October 5, 2012

Di 3 Oktober 2012



       Dia kata, saya ni:
            1.       Panas Baran
            2.       Sombong
            3.       Boros
            4.       Emosional
            5.       Mengada- ngada
            6.       Demand
            7.       Suka Mengumpat

 Tapi mungkin, dia tidak ingat atau dia tidak sedar, atau barangkali dia benar- benar tidak perasan:
 
1.Yang panas baran inilah, yang sentiasa berlembut hati dan bertolak ansur dengan kerenah dan sikapnya selama ini.

2.Yang sombong inilah, membuatkan bibir ini kurang bercakap dan bergaul dengan lelaki- lelaki lain, yang tidak pandang dan tegur lelaki- lelaki lain walaupun mereka yang bergelar kawan.

3.Yang boros inilah, yang setiap bulan akan menyimpan sedikit dan menghulurkan bantuan kewangan kepada dirinya dan adik beradiknya, hingga kadang-kadang dia sendiri terlupa untuk membayarnya semula.

4.Yang emosional inilah, yang tidak lupa untuk membuat panggilan setiap pagi, tengahari, petang dan malam, yang sentiasa menghantar sms dan mengucapkan kata rindu dan sayang setiap hari.

5.Yang mengada- ngada inilah, yang menjadi tempat untuk dirinya merengek dan bermanja talkala di hujung minggu.

6.Yang demand inilah, yang menjadikan dirinya segak berpakaian kemas dan tidak selekeh seperti dulu, yang membelinya pakaian baru dan kelengkapan lain.

7.Yang suka mengumpat inilah, yang menjadi temannya berbual di talkala sunyi di rumah, di dalam kereta dan di mana- mana sahaja.

Benar, barangkali dia lupa perkara- perkara di atas. Saya hanya sentiasa NEGATIF di mata dan hatinya, walaupun saya mencuba menjadi lebih POSITIF untuk dirinya dan keluarganya.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...