Tuesday, July 24, 2012

Juadah Berbuka Puasa


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Masih bertahan puasa lagi tak? Sambil kawan- kawan bekerja hari ini, mesti ada yang memikirkan juadah berbuka puasa kan. Tentu ada yang tak sabar nak beli juadah di Bazaar Ramadhan. Bazaar Ramadhan ada macam – macam juadah yang mungkin kita sukar dapati pada bulan – bulan biasa kan. Mungkin ada juga yang sudah merancang untuk memasak di rumah, maklumla, bagi penjawat awam, waktu pulang bekerja jam 4.30 petang kan. Bagi yang ada hari – hari istimewa di bulan Ramadhan ni, tentu berbuka puasa dengan Bufet Ramadhan di hotel – hotel berdekatan. Saya juga ada mengintai – intai Bufet Ramadhan di sekitar hotel disini. Ada tawaran yang nampak menarik dan ada juga harga yang sedikit keterlaluan.

1 dan 2 ramadhan yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama hubby. Jadi seperti biasa, usai bekerja pada hari Jumaat, saya bertolak ke daerah hubby yang mengambil masa hampir dua (2) jam perjalanan. Pada 1 ramadhan, saya tidak memasak. Saya dan hubby excited sangat mahu ke Bazaar Ramadhan berdekatan. Maklum sahajala, Bazaar Ramadhan di daerah hubby ini terdapat 84 gerai yang disediakan dan tentula rambang mata. Nafsu makan perlu dikawal ketika ini untuk elakkan pembaziran.

Pada 2 ramadhan pula, kami turun ke rumah keluarga mentua. Tetapi, saya dan hubby tidak berbuka di rumah mak dan bapa mentua saya, sebaliknya kami berbuka di luar. Harap keluarga mentua faham kerana saya hanya bertemu hubby dua (2) kali seminggu sahaja. Minggu ini kemungkinan kami akan pulang ke rumah keluarga saya untuk berbuka bersama dan minggu hadapan lagi, kami turun ke rumah keluarga mentua saya pula untuk berbuka puasa bersama. Sejak berkahwin ini, saya dan hubby kena pandai bahagikan masa untuk menjenguk keluarga saya dan keluarga mentua saya. Maklumla, kedua-dua keluarga kami hanya dalam satu (1) negeri yang sama. Jadi, perlula luang masa lebih kan.

Haa, untuk pengetahuan kawan- kawan, pada kali ini kami berbuka di Black Canyon. Saya pergi dahulu untuk membuat tempahan tempat dan makanan sementara hubby menghantar juadah berbuka di rumah keluarganya. Menu yang kami pilih ialah:

Kurma disediakan

Sup turut disediakan dalam hidangan
Lamb Chop pilihan berbuka hubby


Salmon Steak pilihan berbuka saya


Iced Chocolate dan Blackpuccino


Ramai keluarga mengambil kesempatan berbuka disini. Juadah di sini memang sedap. Kawan –kawan boleh cuba untuk berbuka puasa disini kerana terdapat tawaran menarik sempena Bulan Ramadhan ini.



Thursday, July 19, 2012

Sushi King PALING dan SANGAT DIGEMARI !!!


Kali ini saya makan malam bersama hubby. Kebetulan juga hubby terpaksa turun ke daerah yang berdekatan dengan daerah saya untuk bermain boling mewakili pentadbiran negeri. Jadi, saya turun ke daerah tersebut untuk bertemu hubby. Kali ini saya belanja hubby. Tapi dah tentunya di tempat favourite saya iaitu SUSHI KING!!!

Saya tidak mahu berceloteh panjang yer. Sebab saya tahu semua kawan – kawan pasti pernah menikmati sushi di Sushi King. Jom intai menu kali ini!!!

Hot green tea untuk hubby, pepsi untuk saya


Tori Karaage (menu wajib)

Egg Mayo (menu paling wajib, tak percaya?)

Haa sampai dua set..sekarang percaya kan

Menu set yang kami pilih. Maaf, lupa namanya

Ada ayam dan sotong

Ada sayur

Dan macam biasa ada Miso Soup

Salmon Ara Piri - Piri (menu wajib hubby)

Pencuci mulut- Hotate Hakata Yaki

Banyaknya...Boleh habis ke semua makanan ini? Sedangkan kami 

makan berdua sahaja...


Dah tentunya licin!!!


Gantung kuali dan periuk...


InsyaAllah, lagi sehari sahaja kita akan berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi, selama sebulan Ramadhan ini, tiada entri tentang makan pagi atau tengahari. Dan tentunya saya akan buat entri mengenai juadah berbuka puasa pulak kan. Harap kawan – kawan dah selesai ganti puasa dan tidak berhutang puasa. Sebelum menanti Ramadhan, saya kongsikan santapan selera bersama keluarga dan juga hubby.

Kali ini saya makan malam bersama ibu dan adik. Kebetulan adik kurang sihat dan saya membawanya ke klinik. Usai bertemu doktor dan diberikan ubat, kami menjamu selera di sebuah restoran. Waktu ini ayah tidak dapat bersama kerana terlalu sibuk dengan urusan luar. Jadi, ibu tidak perlu masak makan malam. Kita makan di luar pulak yer...

Jom tengok menu!!!

Bertiga sahaja...


Sizzling Mee untuk ibu

Chicken Chop untuk adik

Untuk saya dan tentunya nasi dan...

Dan Lauk Paprik

Juadah di restoran ini kurang sedap. Ini kali pertama kami mencuba makanan di sini. Selepas ini, restoran ini tidak akan dipilih lagi. Jadi, saya tidak sertakan nama restoran ini ye.

Tapi, alhamdulillah, perut kenyang juga malam itu...

Wednesday, July 18, 2012

Blog Header Saya !!!


Cuba kawan - kawan lihat di atas...

Akhirnya, tercapai juga hasrat saya untuk memiliki blog header!!! Sekurang- kurangnya, blog saya tidak lah kelihatan kosong sangat kan. Cantik tak kawan – kawan??? Iye, saya tahu, mesti kawan-kawan tertanya-tanya macam mana saya buat kan.

Ohh tidak...Saya tidak punya kemahiran untuk membuat blog header ini. Jadi, saya menyerahkan kepada yang pakar iaitu pihak DoodleDsgn!!! Untuk melihat kreativiti dan membuat tempahan blog header, kawan- kawan boleh klik di sini!!!

Sungguh, sangat senang berurusan dengan pihak DoodleDsgn yang saya kenali sebagai ET. Kami cuma berurusan melalui email sahaja dan alhamdulilah urusan ini berjalan lancar. ET sedia menerima sebarang pandangan dan pendapat dari pihak pemilik blog sendiri untuk membuat rekaan blog header. Malahan, ET juga bersedia menerima sebarang cadangan untuk mengedit rekaan berkenaan. Harga yang ditawarkan juga sangat - sangat berpatutan. Sangat menyenangkan kan...

Apa lagi kawan- kawan, jom kita cantikkan blog dengan rekaan blog header yang cantik - cantik dan comel - comel dari DoodleDsgn!!! 

Memang berbaloi – baloi!!!




Tuesday, July 17, 2012

Semangat Itu...


Dahulu,
Ia pernah bertakhta,
Ia pemula segala kerja,
Ia pencetus segala usaha,
Ia adalah pemangkin kerjaya...

Sekarang,
Ia tiada lagi di situ,
Ia hilang tanpa restu,
Ia lari tanpa memberitahu,
Ia pergi meninggalkan aku...

Saat ini,
Aku bingung hilang punca,
Aku buntu hilang arah,
Aku terkapai- kapai hilang ia...

Aku mahu terus mencari,
Aku gigih upaya menjejaki,
Aku nekad mahunya kembali,

Semangat Dulu, Yang Telah Berlalu Pergi...






Thursday, July 12, 2012

Drama 1st Anniversary…


Kawan- kawan, ingat lagi tak tentang entri saya mengenai Mr Teddy Bear yang hubby saya cuba menangi di Fun Fair Cowboy Town, A’ Famosa??? Entri tersebut boleh dibaca di sini. Haa, untuk pengetahuan kawan- kawan, inilah Mr Teddy Bear itu!!!

Mr Teddy Bear dinamakan sebagai Pelakon Pembantu
 
Haa, tapi entri kali ini bukan mengenai Mr Teddy Bear. Tapi tentang Ulangtahun Perkahwinan saya dan hubby yang pertama pada tanggal Mac 2011 yang lalu. Sebenarnya, sudah lama berlalu, tapi saya mahu kongsikan kepada kawan- kawan tentang cara sambutan kami. Disebabkan pada bulan tersebut kami masih lagi berkursus, maka kekangan masa menyebabkan kami tidak dapat menyambut ulangtahun tersebut. 

Setelah memikirkan cara yang lain, maka kami bersetuju untuk mengadakan photoshoot bersama photographer Abang Shah(Sentuhanaura). Untuk maklumat lanjut mengenai Abang Shah dan perkhidmatan yang disediakan, kawan- kawan boleh klik di sini. Photoshoot ini diambil beberapa jam sebelum kami pulang ke tempat kursus dimana pada hari sebelumnya, dua orang adik ipar saya mengadakan majlis perkahwinan.

Pada photoshoot kali ini agak berlainan kerana kami dan Abang Shah telah berbincang untuk melakonkan drama. Jom berkenalan dengan pelakon - pelakon dahulu...

Hero nya!!!

Heroin pula :)

Sinopsis drama secara ringkas adalah seperti berikut:

“Hubby kononnya mahu membuat surprise kepada saya dengan menyediakan satu sambutan ulangtahun di sebuah taman yang begitu indah. Kelihatan hubby bertungkus lumus menyediakan barangan dan secara tidak sengaja , saya terlewat hadir (tanpa saya mengetahui mengenai sambutan itu). Hubby begitu marah kerana kelewatan saya lalu saya dengan segera..."

 (Jom ikuti drama ini!!!)

 







Hubby sedang bertungkus lumus mengangkat barang dari kereta dan memilih tempat perkelahan....









Kelihatan hubby sedang menyiapkan tempat dengan begitu teliti sekali. Mr. Teddy Bear turut bekerjasama bersama hubby. Akhirnya hubby berpuas hati dengan hasil dekorasi yang dilakukan!








Namun, setelah lama menunggu, si isteri masih tidak kunjung tiba. Hubby mula melihat jam di tangan dan berasa amat marah sekali!!!








Ohh, saya telah terlewat!!! Saya berlari dengan pantas menuju ke tempat yang dijanjikan. Begitu laju saya berlari sehingga topi pun hampir tercabut...





 
 


Saya sedar telah begitu lewat ekoran melihat jam di tangan. Setelah tiba, kelihatan hubby begitu marah sekali. Saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada hubby... 










Untuk memujuk hati hubby, saya telah membuat suprise dengan memberi hubby hadiah!!! Hubby begitu teruja dan akhirnya hubby memaafkan saya...







Tetapi, tanpa saya menyangka, hubby rupanya turut mempunyai suprise. Hubby telah menutup mata saya dengan selendang dan memimpin tangan saya ke satu destinasi.
 Setelah hubby memberi isyarat kebenaran membuka mata, saya begitu terperanjat !!!
ohhh!!!


Apa yang terjadi??? Berjayakah sang pria dengan rancangannya??? atau sesuatu telah berlaku???

Nantikan episod seterusnya di entri akan datang!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...