Amboi, tajuknya...Macam besar sangat jasa yang nak
dicurahkan pada negara ni. Eh betul la tu!!! Siapa kata tak besar??? Iye,
menjadi sebahagian daripada Anggota Unit Beruniform dah tentula menyumbang
kepada keselamatan dan keamanan negara kan.
Seriusnya bunyi??? Eh, takla.
Bukanlah serius mana pun entri kali ni. Tujuan blog ini dibuat pun hanya untuk
relax2 jer. Tak mau bincang benda
yang berat- berat. Cukup – cukup lah kerja- kerja di pejabat pun dah
memeningkan kepala. Kita cerita yang simple- simple saja di blog ye!!!
Sebenarnya, dah lama sangat pun saya dan hubby berpeluang
menjalankan tugas- tugas Unit Beruniform ni. Tapi saya tak kongsikan sebab
gambar- gambar dalam simpanan terlalu sedikit. Maklumla, time- time bertugas, tak kan lah nak berposing- posing pulak kan. Tapi ader la ckit- ckit. Jadi, saya
kongsi yang ckit- ckit ini jer ye. Kami berpeluang menjalankan tugas sebagai
Pegawai Polis dan Pegawai Bomba. Di mana tu??? Ala, tempat tak mau la bagitahu.
Tak penting pun kan (padahal dah luper!!!
hahaha!!!)
Ohh
nak bagitahu, sebenarnya, kursus yang saya dan hubby hadiri adalah berlainan tarikh dan masa. Cuma saya
sekalikan saja gambar- gambar ini. Kami lakukan tugasan/ aktiviti yang hampir
sama kerana tempat dan silibus adalah sama. Kiranya, saya tidak ketemu hubby,
tetapi kami saling bertukar gambar. Haa, tentang saiz pakaian beruniform ni
memang cukup sensitif la saya. Maklumla, memang dah konfem sangat ‘pokok
rendang’ macam saya di tak ada saiz. Jadi, agak- agak nampak pakaian saya tu
selekeh, abaikan la yer!!!
![]() |
Ada lagi ke???
Eh ada lagi, Unit Beruniform terakhir yang kami
sertai ialah Askar Wataniah. Kursus ini dihadiri selama sebulan untuk mendapat
pangkat sebagai Perajurit Muda Askar Wataniah. Sungguh, inilah pengalaman yang
saya tak boleh lupakan.
Andai diminta mengulang kembali kursus ni...
saya,
TAKKKKKKKK NAKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SERIKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!
Akhirnya, tamat juga kursus kami bagi semua Unit
Beruniform ini. Alhamdullilah, pengalaman yang sangat- sangat BERHARGA!!!