Thursday, September 27, 2012

Berkhidmat Untuk Negara!!!



Amboi, tajuknya...Macam besar sangat jasa yang nak dicurahkan pada negara ni. Eh betul la tu!!! Siapa kata tak besar??? Iye, menjadi sebahagian daripada Anggota Unit Beruniform dah tentula menyumbang kepada keselamatan dan keamanan negara kan. 

Seriusnya bunyi??? Eh, takla. Bukanlah serius mana pun entri kali ni. Tujuan blog ini dibuat pun hanya untuk relax2 jer. Tak mau bincang benda yang berat- berat. Cukup – cukup lah kerja- kerja di pejabat pun dah memeningkan kepala. Kita cerita yang simple- simple saja di blog ye!!! 

Sebenarnya, dah lama sangat pun saya dan hubby berpeluang menjalankan tugas- tugas Unit Beruniform ni. Tapi saya tak kongsikan sebab gambar- gambar dalam simpanan terlalu sedikit. Maklumla, time- time bertugas, tak kan lah nak berposing- posing pulak kan. Tapi ader la ckit- ckit. Jadi, saya kongsi yang ckit- ckit ini jer ye. Kami berpeluang menjalankan tugas sebagai Pegawai Polis dan Pegawai Bomba. Di mana tu??? Ala, tempat tak mau la bagitahu. Tak penting pun kan (padahal dah luper!!! hahaha!!!)

Ohh nak bagitahu, sebenarnya, kursus yang saya dan hubby hadiri adalah berlainan tarikh dan masa. Cuma saya sekalikan saja gambar- gambar ini. Kami lakukan tugasan/ aktiviti yang hampir sama kerana tempat dan silibus adalah sama. Kiranya, saya tidak ketemu hubby, tetapi kami saling bertukar gambar. Haa, tentang saiz pakaian beruniform ni memang cukup sensitif la saya. Maklumla, memang dah konfem sangat ‘pokok rendang’ macam saya di tak ada saiz. Jadi, agak- agak nampak pakaian saya tu selekeh, abaikan la yer!!!






























Ada lagi ke???





Eh ada lagi, Unit Beruniform terakhir yang kami sertai ialah Askar Wataniah. Kursus ini dihadiri selama sebulan untuk mendapat pangkat sebagai Perajurit Muda Askar Wataniah. Sungguh, inilah pengalaman yang saya tak boleh lupakan. 

Andai diminta mengulang kembali kursus ni... 
saya,
TAKKKKKKKK NAKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SERIKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!
















Akhirnya, tamat juga kursus kami bagi semua Unit Beruniform ini. Alhamdullilah, pengalaman yang sangat- sangat BERHARGA!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...