Friday, October 5, 2012

Di 3 Oktober 2012



       Dia kata, saya ni:
            1.       Panas Baran
            2.       Sombong
            3.       Boros
            4.       Emosional
            5.       Mengada- ngada
            6.       Demand
            7.       Suka Mengumpat

 Tapi mungkin, dia tidak ingat atau dia tidak sedar, atau barangkali dia benar- benar tidak perasan:
 
1.Yang panas baran inilah, yang sentiasa berlembut hati dan bertolak ansur dengan kerenah dan sikapnya selama ini.

2.Yang sombong inilah, membuatkan bibir ini kurang bercakap dan bergaul dengan lelaki- lelaki lain, yang tidak pandang dan tegur lelaki- lelaki lain walaupun mereka yang bergelar kawan.

3.Yang boros inilah, yang setiap bulan akan menyimpan sedikit dan menghulurkan bantuan kewangan kepada dirinya dan adik beradiknya, hingga kadang-kadang dia sendiri terlupa untuk membayarnya semula.

4.Yang emosional inilah, yang tidak lupa untuk membuat panggilan setiap pagi, tengahari, petang dan malam, yang sentiasa menghantar sms dan mengucapkan kata rindu dan sayang setiap hari.

5.Yang mengada- ngada inilah, yang menjadi tempat untuk dirinya merengek dan bermanja talkala di hujung minggu.

6.Yang demand inilah, yang menjadikan dirinya segak berpakaian kemas dan tidak selekeh seperti dulu, yang membelinya pakaian baru dan kelengkapan lain.

7.Yang suka mengumpat inilah, yang menjadi temannya berbual di talkala sunyi di rumah, di dalam kereta dan di mana- mana sahaja.

Benar, barangkali dia lupa perkara- perkara di atas. Saya hanya sentiasa NEGATIF di mata dan hatinya, walaupun saya mencuba menjadi lebih POSITIF untuk dirinya dan keluarganya.

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...