Sudah
lama rasanya saya tidak mengarang dan mengetuk papan kekunci untuk blog ini.
Sedikit sibuk dan kepenatan sepanjang bulan Ramadhan ini. Hujung minggu pula,
bermacam aktiviti mengadakan persiapan menyambut Syawal dilakukan. Tapi, pada
masa yang sama, saya tidak lupa juga berbuka puasa bersama rakan- rakan. Jom
tengok di mana kami menikmati juadah berbuka puasa.
 |
Dz, Syalwa, Akmal dan Nas (3 dara+1 mak dara) |
Kali
ini kami berbuka puasa di Restoran Shabu Shabu Steamboat Buffet yang terletak
di Daerah Manjung. Saya terangkan serba sedikit mengenai restoran ini ye:
 |
Jom terjah!! |
- Restoran ini menyediakan
steamboat buffet di mana bagi dewasa sebanyak RM 19.90(bagi
kanak- kanak pula, saya lupa!!!)
- Di atas meja telah disediakan
kuah tomyam dan sup. Cuma perlu di panaskan dengan menekan button sahaja.
- Hidangan utama yang disediakan
ialah makanan laut seperti ketam, udang, sotong, kepah, lala dan banyak lagi.
Turut disediakan pelbagai jenis cendawan dan rumpai laut.
- Selain itu, turut disediakan
juadah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, maggi goreng dan lauk –pauk termasuk
ayam masak merah dan lain – lain.
- Turut disediakan ialah bahan-
bahan untuk grill (panggang) termasuk daging lembu, daging kambing, ayam,
udang, lala dan macam- macam lagi.
- Jadi, kita boleh mengambil apa
sahaja makanan yang disediakan dan hanya panaskan di dalam kuah pilihan samaada
tom yam atau sup. Bagi bahan-bahan untuk dipanggang, hantar sahaja pada kaunter
yang disediakan dan pihak restoran akan menghantar ke meja pelanggan setelah
siap dipanggang.
 |
Antara bahan disediakan |
 |
Sedang sibuk memilih atau bergambar??? |
 |
Selepas pilih, masukkan ke dalam kuah tom yam dan sup |
 |
Setelah panas, masa untuk menyedok |
 |
Ayam, daging kambing dan lala (grill) |
 |
Ambil mee untuk buat mee sup |
 |
Tom Yam ketam |
 |
Kepah/ Lala (Tidak pasti) |
 |
Udang grill yang sangat sedap |
 |
Pencuci mulut |
Menarik
kan kawan- kawan. Haa, tetapi perlu diingatkan agar kawan- kawan tidak membazir
sewaktu mengambil juadah yang disediakan. Bagi mengelakkan pembaziran, pihak
restoran telah mengenakan peraturan dimana setiap 100gram pembaziran makanan
oleh pelanggan, dikenakan denda sebanyak RM5.00.
 |
Dz dan Syalwa |
 |
Saya dan Nas |
 |
Selesai makan...Alhamdullilah... |
Kami
menikmati juadah ini sehingga jam 11.00 malam!!! Selepas puas makan, kami
berjalan- jalan disekitar Lumut sebelum pulang.
 |
Jejalan dulu... |
Yeah!!!
Seronok sangat malam itu. Dapat berjumpa dan bersembang – sembang. Kami ini
tinggal berdekatan juga, tetapi kesibukkan masing- masing menyebabkan kekangan
untuk berjumpa.
p/s:
Terima kasih pada photographer kami
pada malam itu, Dz. Bagi gambar yang cantik – cantik ni tentunya dari yang professional.
Yang gambar kurang cantik itu, tentula dari kamera kecil saya. Mahu tengok
hasil kerja Dz lagi??? Jom klik di sini!!!
bestnyer..menarik sungguh...
ReplyDelete