 |
Minggu Menelaah |
Hampir seminggu saya
tidak dapat menghadap monitor sambil mengetuk papan kekunci. Lama benar tidak
mebenarkan otak untuk ligat mengarang. Bukan ketandusan idea dan tiada kisah
untuk dikongsi, tetapi memberi laluan kepada diri sendiri untuk menelaah di
minggu berkursus. Saya menghadiri kursus lagi??? Ia sunggguh, kursus lagi.
Tetapi kali ini bukanla kursus motivasi sebaliknya kursus yang berkaitan dengan
bidang tugas semasa. Kursus yang diadakan bertempat di The Orient Star Resort, Lumut dari 26 Jun hingga 29 Jun yang lalu.
Sebelum saya berkongsi lebih lanjut, jom saya tunjukkan penginapan di hotel
ini...
 |
Di dalam bilik |
 |
Ringkas |
 |
Pemandangan dari balkoni |
 |
Swimming Pool |
Pendapat saya mengenai
penginapan, ianya adalah memuaskan. Yang menarik di sini ialah pemandangan
hotel yang berhadapan dengan laut dan kem Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Angin sepoi – sepoi bahasa yang bertiup masuk melalui balkoni amat menenangkan.
Dari balkoni juga, dapat dilihat pelancong-pelancong yang datang untuk bercuti
di Pulau Pangkor. Namun sedikit mengecewakan dari segi perkhidmatan ialah hidangan
makanan yang dihidangkan baik pada waktu pagi, tengahari dan juga makan malam yang
kurang memuaskan. Lantaran inilah, memaksa saya dan rakan-rakan untuk menjamu
selera diluar. Destinasi yang kami pilih untuk makan malam ialah di Medan
Selera Ikan Bakar, Lumut. Restoran ini terletak berhampiran Marina Cove Resort dan Outward Bound School (OBS). Jom lihat menu
yang kami pilih ialah...
 |
Penghilang dahaga | | | |
|
|
|
 |
Tom Yam Campur |
 |
Siakap Tiga Rasa |
 |
Sotong Goreng Tepung |
 |
Kangkung Belacan |
Tempoh berkursus agak
panjang iaitu selama 4 hari 3 malam. Amat memenatkan tambahan pula terdapat
sesi Latih Amal. Pada waktu malam pula sesi pembelajaran mengambil masa begitu
panjang sehingga jam 11.00 malam. Keletihan yang dialami kami hilangkan dengan
minum- minum di Old Town White Coffee
(maafla, tiada gambar kerana kamera tertinggal). Di sini jugala, saya diberikan
satu kejutan yang tidak dijangka. Kekecewaan telah terubat dengan kegembiraan…
 |
Hilangkan ngantuk sepanjang berkursus |
No comments:
Post a Comment