Kawan-
kawan, ingat lagi tak tentang entri saya mengenai Mr Teddy Bear yang hubby saya
cuba menangi di Fun Fair Cowboy Town, A’ Famosa??? Entri tersebut boleh dibaca di sini. Haa,
untuk pengetahuan kawan- kawan, inilah Mr Teddy Bear itu!!!
Mr Teddy Bear dinamakan sebagai Pelakon Pembantu |
Haa,
tapi entri kali ini bukan mengenai Mr Teddy Bear. Tapi tentang Ulangtahun
Perkahwinan saya dan hubby yang pertama pada tanggal Mac 2011 yang lalu. Sebenarnya,
sudah lama berlalu, tapi saya mahu kongsikan kepada kawan- kawan tentang cara
sambutan kami. Disebabkan pada bulan tersebut kami masih lagi berkursus, maka
kekangan masa menyebabkan kami tidak dapat menyambut ulangtahun tersebut.
Setelah memikirkan cara yang lain, maka kami bersetuju untuk mengadakan photoshoot bersama photographer Abang Shah(Sentuhanaura). Untuk maklumat lanjut
mengenai Abang Shah dan perkhidmatan yang disediakan, kawan- kawan boleh klik di sini. Photoshoot ini diambil
beberapa jam sebelum kami pulang ke tempat kursus dimana pada hari sebelumnya,
dua orang adik ipar saya mengadakan majlis perkahwinan.
Pada photoshoot kali ini agak berlainan
kerana kami dan Abang Shah telah berbincang untuk melakonkan drama. Jom berkenalan dengan pelakon - pelakon dahulu...
Hero nya!!! |
Heroin pula :) |
Sinopsis
drama secara ringkas adalah seperti berikut:
“Hubby
kononnya mahu membuat surprise kepada saya dengan menyediakan satu sambutan
ulangtahun di sebuah taman yang begitu indah. Kelihatan hubby bertungkus lumus
menyediakan barangan dan secara tidak sengaja , saya terlewat hadir (tanpa saya
mengetahui mengenai sambutan itu). Hubby begitu marah kerana kelewatan saya lalu
saya dengan segera..."
(Jom
ikuti drama ini!!!)
Hubby sedang bertungkus lumus mengangkat barang dari kereta dan memilih tempat perkelahan....
Kelihatan hubby sedang menyiapkan tempat dengan begitu teliti sekali. Mr. Teddy Bear turut bekerjasama bersama hubby. Akhirnya hubby berpuas hati dengan hasil dekorasi yang dilakukan!
Namun, setelah lama menunggu, si isteri masih tidak kunjung tiba. Hubby mula melihat jam di tangan dan berasa amat marah sekali!!!
Ohh, saya telah terlewat!!! Saya berlari dengan pantas menuju ke tempat yang dijanjikan. Begitu laju saya berlari sehingga topi pun hampir tercabut...
Saya sedar telah begitu lewat ekoran melihat jam di tangan. Setelah tiba, kelihatan hubby begitu marah sekali. Saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada hubby...
Untuk memujuk hati hubby, saya telah membuat suprise dengan memberi hubby hadiah!!! Hubby begitu teruja dan akhirnya hubby memaafkan saya...

Setelah hubby memberi isyarat kebenaran membuka mata, saya begitu terperanjat !!!
ohhh!!!
Apa yang terjadi??? Berjayakah sang pria dengan rancangannya??? atau sesuatu telah berlaku???
Nantikan episod seterusnya di entri akan datang!!!
No comments:
Post a Comment