Friday, July 6, 2012

Segmen Jom Kreatif Dengan Origami!!!


Kebiasaannya apabila kita mendengar tentang origami, kemungkinan ada yang terlintas di fikiran ataupun tergambarkan sebuah sampan dan kapal terbang dari cebisan kertas surat khabar lama. Origami seperti itu, sering kita lakukan semasa kecil. 

Ianya sungguh comel kan. Atas sebab kecomelan itu, saya mahu adakan satu segmen kreatif dengan origami. Dalam setiap entri segmen ini, saya akan berkongsi dengan rakan –rakan untuk membuat origami.

Tidak mahu buang masa kan??? Jadi, untuk entri pertama ini, saya akan kongsikan origami yang sangat mudah!!! Untuk setiap origami haiwan ini menggunakan asas lipatan yang sama. 

Kawan- kawan boleh menggunakan pelbagai kertas berwarna dan melukis serta mewarnakan corak mengikut kreativiti masing – masing. Kita cuba origami pertama iaitu wajah serigala. 
Jom kreatif!!!





Seterusnya, origami ikan...








Origami terakhir pada entri ini, origami muka itik...









Haa, bagaimana??? Mudah kan??? Iya, memang mudah. Origami yang saya tunjukkan ini adalah yang peringkat paling senang. Ianya sebagai permulaan untuk saya kongsikan. Untuk origami akan datang, saya akan kongsikan origami yang lebih mencabar.

Origami ini mungkin boleh dipraktikkan bersama anak- anak. Sekurang- kurangnya, anak- anak akan menghargai ‘kertas kotor’ atau kertas yang tidak digunakan kerana ianya boleh digunakan secara kreatif untuk membuat origami. Bagi yang kebosanan di tempat kerja, mungkin boleh praktikkan juga dan menjadi penghias di meja kerja masing – masing!!!

Untuk origami seterusnya, nantikan entri dalam Segmen Jom Kreatif Dengan Origami!!!


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...