Dahulu,
Ia pernah bertakhta,
Ia pemula segala kerja,
Ia pencetus segala
usaha,
Ia adalah pemangkin
kerjaya...
Sekarang,
Ia tiada lagi di situ,
Ia hilang tanpa restu,
Ia lari tanpa
memberitahu,
Ia pergi meninggalkan
aku...
Saat ini,
Aku bingung hilang
punca,
Aku buntu hilang arah,
Aku terkapai- kapai hilang
ia...
Aku mahu terus mencari,
Aku gigih upaya
menjejaki,
Aku nekad mahunya
kembali,
Semangat Dulu, Yang Telah
Berlalu Pergi...
No comments:
Post a Comment