Minggu ini saya tidak
bujang seperti minggu lepas. Jadi, rancangan untuk menonton wayang telah gagal.
Minggu ini saya pulang ke daerah hubby rentetan menemani hubby memenuhi
jemputan di daerah jiran. Kami menuju ke daerah di hujung Negeri Perak pada
waktu tengahari bagi menjamu selera di negara jiran. Berangkat bersama rakan
lain yang telah tiba dahulu di daerah berkenaan, kami sekadar mengalih selera
untuk mencuba keunikkan makanan di sana. Jom makan!!!
 |
Masing - masing sudah lapar |
 |
Tom Yam Campur |
 |
Ikan Masak Tiga Rasa |
 |
Som Tam (Kerabu Mangga) |
 |
Perut Goreng |
 |
Lidah Goreng |
Untuk
menu Tom Yam, rasanya memang sedap. Pedas dan khaw, untuk Som Tam atau Kerabu
Mangga pula, agak pedas dan saya tidak makan banyak berbanding rakan lain. Bagi
menu Ikan Masak Tiga Rasa, ikan yang digoreng kurang garing tetapi sosnya
sedap. Manakala bagi menu Perut Goreng dan Lidah Goreng pula, pada mulanya saya
teragak- agak untuk makan. Rasa perut goreng agak sedap berbanding lidah goreng
kerana teksturnya sedikit lembut.
Tugas
mengisi ruang perut yang kosong telah pun terlaksana. Jadi, tiba masa untuk
mebeli belah!!! Namun, masa yang diperuntukkan untuk shopping tidak lama kerana hujan telah turun
dan membantutkan aktiviti tersebut.
 |
Beli - Belah |
 |
Mahu pulang |
Selepas selesai memberi barang, kami kemudian keluar dari sempadan Thailand dan menuju ke program sepatutnya iaitu Karnival Rakit Berhias 2012. Program berlangsung dari awal pagi hingga ke Majlis Penutup pada sebelah malam. Tetapi saya dan hubby singgah dahulu pada sebelah petang kerana mahu melihat rekaan rakit berhias yang dipertandingkan. Antaranya ialah:
Sebenarnya,
banyak lagi rakit berhias yang dipertandingkan. Saya sekadar meletakkan
beberapa keping sahaja gambarnya. Sungguh kreatif dan teliti buatan rakitnya.
Setiap rakit adalah hasil rekaan wakil penduduk kampung dan Jabatan Kerajaan yang
terlibat. Hadiah yang menanti adalah berupa wang tunai dan sijil.
Sungguh,
tidak mudah untuk membuat rakit, apatah lagi perlu dihiaskan agar nampak menarik
dan kreatif baik pada waktu siang ataupun malam. Bagi perarakan rakit berhias
pada waktu malam, rakit- rakit ini sungguh cantik dihiasi dengan pelbagai warna
cahaya lampu. Saya kagum.
Kagum pada seni rekaannya, kagum pada seni hiasannya dan
kagum pada nilai sejarahnya. Walaupun rakit bukan lagi menjadi pengangkutan air
di sini, namun usaha pihak terlibat dalam mengembali dan menunjukkan nilai
kegunaannya kepada generasi masa kini dilihat cukup membanggakan.
No comments:
Post a Comment