Saya kembali!!! Maaf ye, baru berkesempatan
untuk update percutian saya di A’ Famosa, Melaka. Entri percutian ini dibuat
adalah bertujuan untuk berkongsi dengan rakan- rakan pembaca. Mungkin kawan-
kawan boleh jadikan panduan untuk memilih tempat percutian di dalam Malaysia.
Dan saya sangat senang jika kawan –kawan juga boleh memberi pandangan dan
panduan kepada saya.
Hari kedua adalah hari yang sangat
panjang buat kami. Terlalu padat aktiviti kami pada hari tersebut. Jommmmmmmm,
kita tinjau apa ada di Animal World
Safari!!!
 |
Bamboo Steak Corner |
Destinasi pertama yang kami tuju ialah
tempat makan!!! Ohh, dah tentula destinasi wajib saya yang memang gemar
makan!!! Kami mengisi perut yang sebenarnya tidakla kosong sangat, tetapi takut
berlapar sebab Animal World Safari
ini sangat besar. Sambil berjalan- jalan, mungkin boleh lapar dan dahaga. Jadi,
kita terjah Bamboo Steak Corner
dahulu. Makanan di sini agak mahal berbanding dengan
kesedapannya yang kurang.
 |
Menu Chicken Chop |
Selepas yakin dengan kekenyangan itu,
kami menuju ke Wild- wild West Show!!!
Saya suka sangat persembahan dari kota cowboy
ini. Bayangkanla kawan-kawan aksi tembak-menembak, kejar-mengejar, lompat dan
mengelak dan jatuh dari bangunan tinggi dapat dilihat secara live dan begitu dekat. Durasi lakonan
ini juga panjang dan jalan cerita yang dipersembahkan sangat menarik!!!
 |
Tombstone City |
 |
Menunggu persembahan |
 |
Real kan |
 |
Bersama pelakon -pelakonnya |
Selepas bermesra dengan pelakon-
pelakon Wild- Wild West Show, kami berseronok
di Multi Animal Funtime. Di sini,
pelakon – pelakon utamanya terdiri daripada haiwan- haiwan comel termasukla
memerang, kucing, anjing, landak, monyet, arnab dan tak ketinggalan juga kerbau!!!
Sangat bijak dan mencuit hati. DJ juga sangat petah mengacarakan persembahan
ini. Jom bermesra dengan pelakon –pelakon ini!!!
 |
Jom ke Multi Animal Show pula... |
 |
DJ yang petah dan mesra |
 |
Bukan berani sangat... |
 |
Ini pun takut - takut juga... |
 |
Sangat besar dan aktif |
 |
Macam di kampung pula... |
Seterusnya, kami tidak mahu ketinggalan
menyaksikan Bird Show.
Di sini, persembahan terdiri daripada spesies burung di Animal Safari. Mereka
telah dilatih oleh pelatih profesional dan yang sangat menarik, segala arahan
yang diberikan, tidak pernah diingkari. Mereka patuh!!!
 |
Bird Show pula... |
 |
Tiba-tiba ada itik pulang petang |
 |
Bersama pelakon utama Si Helang |
Destinasi akhir kami pula ialah di
persembahan gajah. Saat ini bukan sahaja saya sedikit kepenatan, kamera juga
sudah kepenatan merakam. Gajah- gajah ini memberikan persembahan yang terbaik termasuklah
memercikkan air daripada belalainya ke arah muka kami!!! Hubby pula terpilih
untuk mengambil bahagian bersama gajah tersebut, tapi dukacitanya, gambar tidak
dapat diambil kerana kehabisan bateri.
 |
Persembahan gajah pula... |
 |
Berani ke hubby??? |
Untuk pengetahuan kawan –kawan, setiap show yang diadakan adalah mengikut waktu
yang telah ditetapkan Jadi, dinasihatkan agar kawan- kawan survey dahulu waktu persembahan agar tidak ketinggalan pada semua
persembahan yang diadakan didalam Animal World
Safari ini!!! Memang sangat best
dan berbaloi- baloi!!! Saya sendiri rasa mahu pergi lagi!!!
 |
Kami pulang dulu... |