 |
Beli tiket dahulu |
Kawan – kawan nampakkan hubby saya sedang
beli tiket. Pada sebelah malam selepas penat di water world, kami ke Cowboy
Town!!! Apa ada didalam Cowboy Town ni???
 |
Cowboy Town |
Macam –macam tau kawan – kawan. Sebelum
masuk, kita akan dihiburkan dengan muzik dari live band yang memakai pakaian cowboy.
Di dalam pula, kita berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan termasuklah
Red Indian Show dan Carnival.
Sepanjang persembahan tersebut, terdapat juga perarakkan kereta berhias,
beca berhias dan perarakan haiwan!!! Bayangkanla kawan- kawan, bukan setakat
manusia saja yang membuat perarakan, sebaliknya ayam, itik, kambing, lembu, kuda
dan gajah juga berarak di hadapan kita!!! Memang mengagumkan!!!
Dan yang paling
menarik dan mengejutkan, tanpa kita sedari ada burung dan tikus putih akan
melintas di atas tali yang berada di atas kepala kita. Comel sungguh!!! Sebagai
penutup persembahan pula, kami dihidangkan dengan letupan bunga api!!! Sudah
panjang saya mengomel, mesti kawan –kawan nak tengok gambarkan. Maafla, ada
sedikit sahaja gambar, sebab waktu malam, gambar tidak berapa berkualiti.
 |
Red Indian Show |
 |
Bermain api??? |
 |
Beca berhias pun ada. Melaka kan... |
 |
Perarakan gajah pun ada |
 |
Saya dah lari dulu |
Selepas enjoy dengan semua persembahan
tadi, saya dan hubby pula berlumba- lumba di Fun Fair. Hubby begitu bersungguh- sungguh mahu menang. Akhirnya,
dapat seekor Teddy Bear. Mana Teddy Bearnya??? Ohh, nanti saya tunjukkan pada
entri lain ye. Entri ini baru untuk hari pertama. Untuk aktiviti yang kami
lakukan di hari kedua pula, nantikan episod keempat ye kawan – kawan!!! Terima Kasih!!!
No comments:
Post a Comment