Sudah lama saya menyimpan entri ini. Kebetulan sewaktu rancangan ini ditayangkan, saya turut berada di hadapan monitor. Jejari pantas menaip talkala mata memerhati skrin televisyen.
Saya menangis??? Ia, saya menangis di tempat kerja.
Ia membuatkan saya terlalu sedih sehingga saya tidak sanggup untuk melihat nya.
‘A Tale of Mari and The Three Puppies’ sebuah cerita yang membuka hati saya
tentang belas kasihan, kesetiaan dan pengorbanan. ‘Mari’ seorang anjing yang
terlalu setia dan tabah bersama tiga (3) ekor anaknya.
Sepanjang kisah berkenaan, saya terlalu kasihan dengan nasib Mari dan anak-
anaknya, sehingga saya terfikir, biarlah manusia yang meninggalkan dunia ini
tetapi bukan haiwan peliharaan. Kerana memikirkan tentang nasib mereka adalah
satu penyeksaan.
Mari dijumpai ketika masih kecil oleh Aya dan
Kyota (maaf jika silap pada ejaannya)
, mahu dibela namun serba salah kerana kurang disukai oleh bapa mereka. Namun,
akhirnya Mari dimiliki juga hasil pujukan datuk mereka. Mari membesar bersama-
sama dengan Aya dan Kyota dalam keadaan yang sungguh bahagia. Sehingga pada
saat penempatan mereka menerima bencana gempa bumi, di saat itu, satu kisah
yang menyedihkan bermula.
Aya dan atuknya, tersepit di bawah runtuhan dan
diselamatkan oleh Mari, sehingga kaki Mari berdarah akibat luka. Apabila
pasukan penyelamat menyelamatkan Aya dan atuknya, mereka tidak membawa Mari dan
anak- anaknya. Mereka terpisah dan maaf, saya tidak sanggup meneruskan kisah
ini kerana sedih mengingatkan pengorbanan Mari sebagai seorang ibu kepada tiga ekor anaknya. Sehinggalah apabila Kyota dan Aya bersama bapa
mereka diberi peluang pulang seketika di penempatan mereka bertujuan untuk
mencari Mari. Mereka tidak menjumpai Mari kerana Mari terlebih dahulu berusaha mencari tuannya. Terlalu sedih saya mengenangkan Mari sepanjang perjalanan mencari tuannya sebelum ini.
Saya menitik air mata, apabila akhirnya Mari
muncul dengan keadaan yang kurang bermaya. Aya, si anak kecil yang tabah menangis
dan memeluknya. Ia sangat tersentuh walaupun saya menontonnya pada skrin hitam
putih sahaja. (Televisyen saya hanya
sebesar kertas B5, berwarna biru dan skrin hitam putih). Ia, dan akhirnya,
Mari dan anak- anak selamat di bawa pulang di kem mangsa gempa bumi. (Ending yang saya sangat- sangat harapkan).
Kisah ini menambahkan pendirian saya bahawa saya tidak
mahu punyai haiwan peliharaan. Bukan bermakna saya tidak ada rasa belas kasihan
dan sayang terhadap haiwan. Tapi disebabkan perasaan itu terlalu menebal dalam
hati saya. Dan hakikatnya, saya tidak punya kekuatan seperti Kyota dan Aya.
Kisah lalu: Saya
punyai seekor kucing generasi pertama bernama Menti, memiliki bulu putih, bertelinga
kelabu dan bermata biru. Menti meninggalkan saya dalam keadaan terbaring kaku
di atas tangga. Emak kepada Menti pula melahirkan generasi kedua dan saya
sangat terkejut apabila seekor daripadanya memiliki sifat fizikal yang sama
dengan Menti, dan saya menamakannya Kitti. Saya sangat menyayanginya kerana
menganggap ia pengganti kepada Menti. Namun, akhirnya Kitti juga meninggalkan
saya. Dan lebih menyedihkan ia meninggalkan saya dalam keadaan yang sama dan di
tempat yang sama seperti Menti dahulu. Saat itu, saya tidak lagi mahu memiliki
haiwan peliharaan. Kerna saya tidak
punya kekuatan seperti Kyota dan Aya.
No comments:
Post a Comment