Bekurung selama berbulan –bulan di atas bukit yang dipenuhi
dengan bangunan tinggi dan kenderaan mewah. Perlu sedikit ruang untuk merehatkan
badan dan menenangkan minda. Ingat lagi tak kawan- kawan, yang saya pernah
katakan saya menyertai kursus selama 6 bulan. Sewaktu kursus berlangsung,
hujung minggu yang dibenarkan untuk keluar, saya dan hubby mengisi masa lapang
dengan menerjah Pusat Sains Negara. Jom kita tengok, apa yang ada di sana!!!
Kedatangan kami dialu-alukan oleh Tumbuhan Akuatik dan pelbagai ikan
air tawar tropikal serta hidupan air yang lain. Pantas mata menangkap
keindahaan ciptaan Allah s.w.t ini.
Kami turut melalui Terowong Akuarium yang sangat mengagumkan. Pelbagai saiz dan jenis ikan dan
hidupan air yang ada sehingga begitu asyik mencuci mata disini!
Seterusnya kami memasuki Dunia Sains
dan Matematik. Dengan pelbagai alatan dan citaan teori serta praktikal yang
dipamerkan, tentulah mata sungguh liar melihat dan tangan tidak mahu duduk diam
untuk mencuba! Lihat sahaja saya dan hubby, lebih sudu dari kuah. Bukan sahaja
kanak- kanak yang teruja dengan pameran disini, malah kami yang dewasa ini juga
begitu excited mencuba!
![]() |
Jom Masuk!!! |
Setiap alatan pameran perlu dicuba. Sambil membaca teori, sambil melakukan praktikal. Kesempatan diambil untuk menambah ilmu
pengetahuan. Masih tidak terlambat walaupun usia semakin meningkat.
![]() |
Sambil hubby 'Walk On the Moon', saya pula.... |
![]() |
Berbasikal!!! |
![]() | |||
Pemandangan di dalam Pusat Sains Negara |
![]() |
Hubby berangan mahu menjadi Tokoh Sains seperti di belakangnya |
![]() | |
Saya gemar membaca fakta di pokok ini! |
Sungguh seronok mengisi masa lapang di Pusat Sains Negara ini. Tiket yang disediakan adalah berpatutan. Kemudahan kafeteria juga disediakan. Jadi, apabila sudah penat menelaah, tentulah masa untuk mengisi perut yang kosong!!!
![]() |
Lamb Chop dan Salmon Steak |
Bagi kawan- kawan yang ingin mengisi cuti hujung minggu, Pusat Sains Negara adalah salah satu destinasi yang mengujakan!!! Sains itu kan seronok!!!
No comments:
Post a Comment