Saturday, June 16, 2012

Lari dari pejabat!!!


Inilah peluang nya!!! Lari seketika dari pejabat, meninggalkan sebentar kerja- kerja yang seharusnya perlu diselesaikan. Jom pergi kursus! 


Saya berpeluang menghadiri kursus pada minggu lalu bermula 12 Jun hingga 14 Jun lepas. Kursus ini diberi nama NLP atau Neuro Linguistic Programming dimana objektif utama kursus ini adalah untuk mempelajari teknik mengawal pemikiran dan fikiran orang lain disamping membantu meningkatkan pemahaman tentang cara berfikir dan menyelesaikan sesuatu perkara dalam beberapa situasi. Bunyinya agak kritikal di situ.

Kursus ini lebih kepada kursus motivasi dan lari daripada kursus mengenai tatacara atau prosedur kerja. Jadi, difikirkan mungkin kesempatan ini boleh diambil untuk berehat sebentar. Diadakan di tempat yang dekat sahaja iaitu di Grand Kampar Hotel. Penginapan yang disediakan menarik dan harga yang ditawarkan berpatutan. Sesuai untuk Jabatan – Jabatan Kerajaan mengadakan sebarang seminar/bengkel/kursus dan sebagainya. Jom kita tinjau penginapan dulu!!!

 
Apa yang saya lebih menyukai kursus ini sepanjang 3 hari 2 malam ini adalah kerana kandungan kursus dan fasilitatornya!!! Quantum Tech Consultancy diberi tanggungjawab untuk memotivasikan kami yang diketuai oleh fasilitator Ungku Azlan Shah Ungku Chulan. Terus- terang saya katakan, sepanjang sesi kursus berlangsung, saya langsung tidak menyedari masa berlalu sehingga dua jam. Ini kerana cara penyampaian yang disampaikan sangat enjoy dan setiap sesi banyak diselitkan dengan persembahan video klip. Yang lebih menarik juga ialah, setiap meja disediakan Magic Colour. Sudah lama tidak menggunakan Magic Colour lantaran telah meninggalkan dunia kanak-kanak begitu lama. Jadi, apabila sudah dihulurkan, tentula setiap nota yang saya buat berwarna- warni!


Usai sahaja sesi sebelah petang, saya mengambil peluang untuk meninjau swimming pool di hotel ini. Menariknya, swimming pool ini terletak di rooftop dan pemandangan pada waktu petang sangat menenangkan!


Jom, kita tinjau makanan disini pula! Makanan disini juga menarik walaupun kurang variasi. Bagi yang berminat untuk menikmati makan tengahari, harga disini sangat berpatutan. 

 
Terlalu banyak ilmu yang ditimba sepanjang kursus ini. Seperti bangkit dari lena yang diulit mimpi, menjadi seorang yang baru. Dan yang lebih utama ialah, merealisasikan Kontrak Diri yang telah saya tetapkan pada akhir kursus ini!!!

InsyaAllah!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...