Tuesday, June 19, 2012

Jom hentikan lagu keroncong di Black Canyon!!!


Petang itu terjadi satu kebetulan. Saya dan hubby dikehendaki untuk menghadiri satu mesyuarat di jabatan yang sama walaupun pejabat kami adalah berbeza dan tentunya majikan kami juga berlainan.

Sewaktu mesyuarat berkenaan, saya begitu tekun mengikuti isu yang dibincangkan dan beberapa kali ketukan pen diatas meja dilakukan. Ohh, ketukan pen berkenaan bukanlah bertujuan untuk menunjukkan ketidakpersetujuan terhadap isu yang dibincangkan. Sebaliknya, dibuat untuk menyembunyikan bunyi perut saya yang sudah berkeroncong ini!!! Harap sangat- sangat agar ahli-ahli mesyuarat tidak mendengari alunan muzik keroncong berkenaan.

Usai sahaja mesyuarat berkenaan, saya dengan segera mengajak hubby untuk mengisi perut yang kosong ini. Lantas kami memilih untuk menikmati juadah di Black Canyon. Jom, kawan –kawan, kita tengok menu apa yang kami telah pilih. (Tapi maaf, saya sudah lupa nama menunya, kita lihat gambar ye)

Pilihan minuman kami


Grilled Chicken Chop pilihan hubby

Pilihan saya tentulah ada elemen nasi

Pencuci mulut...ohh, ayam lagi!!!


Inilah menu kami!!! Pada mulanya, kami mahu minum petang, tapi bila menu dibelek - belek, kami pilih juga makanan berat. Minum petang dan merangkap makan malam. Makanan disini memang sedap. Bila sudah mula makan, masing -masing diam seribu bahasa. Mulut enggan berbicara, sebaliknya mahu kuat bekerja mengunyah dan tekak pula sibuk menelan.


Tekun menikmati kelazatannya

Jom lihat lebih dekat

Lazat tak??? Sungguh, hidangan disini memang sedap dan lazat!!! Saya tidak menipu. Kalau kawan –kawan tidak percaya, saya tunjukkan buktinya. Inilah bukti betapa lazatnya makanan di BC ini!!!

Tiga hidangan yang telah pun licin!!!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...