![]() |
Ianya cukup sempurna |
Perlu ke untuk belajar protokol cara
makan yang betul??? Iye, ianya perlu dan penting bagi yang sering menghadiri
majlis –majlis tertentu yang memerlukan kalian untuk makan beradab. Saya
berpeluang mempelajari protokol cara makan yang betul semasa saya berkursus
pada bulan Oktober yang lepas. Sesi pembelajaran diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara.
![]() |
Empunya wajah yang punyai perut yang berkeroncong |
Pada malam tersebut, kami dihidangkan
dengan ‘Western Set Dinner’. Sebelum kita terjah menu yang lazat yang
disediakan, berikut antara tips penting yang saya pelajari:
- Anda perlu duduk di kerusi dengan masuk dari sebelah kanan dan jika mahu bangun dari kerusi, anda perlu keluar dari sebelah kanan juga.
- Jika anda membawa tas tangan, pastikan anda meletakkannya di bawah kerusi, di sebelah kanan.
- Jika anda mahu memanggil ‘waiter’, hanya lambaikan sahaja tangan dan tidak perlu mengeluarkan suara.
- Jika anda mahu bersin, pastikan anda menarik napkin yang disediakan dan tunduk sedikit serta lepaskan bersin tersebut.
- Jangan letakkan napkin di atas meja selagi anda tidak mahu beredar.
Mengapa sedikit sahaja tips yang saya
berikan? Ohh, sebab saya lebih tertarik kepada menu nya!!! Jom, kita tengok menu
nya!!!
![]() |
Prawn Cocktail With Mango (Boiled prawn and diced mango on bed crisp greens served with tangy thousand island dressing) |
![]() |
Crabmeat and Corn soup |
![]() |
Served with roll and butter |
![]() |
Grilled Chicken Chop (With duchess potato and a medley of baby carrot, brocolli and finished with tasty black pepper sauce) |
![]() |
Chocolate Mousse (Served with a trio of delicious sauce) |
Nampak menarik dan sedap tak kawan - kawan??? Iye, makanan di sini sungguh sedap!!! Bagi
anda yang mahu mencuba dan mencipta kelainan selain menikmati hidangan set di
hotel, saya cadangkan untuk anda menikmati hidangan di Kelab Golf Perkhidmatan
Awam, Bukit Kiara ini. Berbaloi- baloi!!!
No comments:
Post a Comment