 |
Shopping dulu |
Itu macam plastik Tesco??? Iye, betul
la. Saya memang gemar shopping di Tesco. Barangan disini murah dan lengkap
dengan keperluan bahan mentah dan bahan kering di dapur. Ohh, macam pandai
memasak pula ye. Tidak, saya kurang pandai memasak. Sekadar membeli barang
keperluan untuk dapur rumah ibu. Kebiasaannya, saya akan shopping seorang diri.
Maklumla, saya dan hubby duduk berjauhan. Tapi kali ini, saya bawa adik sekali.
Kebetulan ada Tesco baru dibuka dan adik bercuti dari pengajiaan nya. Tapi,
saya bukan berniat untuk berkongsi mengenai Tesco. Saya mahu berkongsi mengenai
tempat makan tengahari kami. Di mana??? Cuba kawan - kawan teka dimana. Saya bagi panduan kawan - kawan lihat hidangannya...
 |
Nasi ayam |
 |
Sayuran |
 |
Ayam |
 |
Sos |
 |
Pai Tee |
Haa, kawan - kawan dapat teka tak? Iye, tepat!!! Jawapannya, di Chicken Rice Shop!!!
Disebabkan terlalu lapar, kami terus
sahaja memilih menu Hainanese Chicken
Rice Meal (RM 14.99). Hidangan ini terdiri daripada Nyonya Pai Tee, Personal Portion of Chicken (ada
pilihan mahu steamed/roast/soy sauce/hainanese curry chicken), Ipoh beam Sprouts,
Chicken Rice, Soup of the Day, Soft drink dan Rainbow Delight Dessert. Saya gemar Nyonya Pai Tee. Rangup dan
inti pun sedap walaupun kelihatan ringkas. Chicken
Rice Shop di Tesco ini memang menjadi tempat pilihan keluarga untuk mengisi
perut. Saya yakin, kawan –kawan pun sudah biasa makan di Chicken Rice Shop kan.
 |
Alhamdulillah... |
No comments:
Post a Comment