Monday, June 11, 2012

Maaf, tahun ini sambutan sangat ringkas...


Setiap kali tarikh ini semakin hampir, saya semakin kalut dan gelisah. Mahu merancang yang terbaik namun kekangan masa sering membantutkan saya. Ia juga berlaku pada tahun ini juga. Saya mencari pelbagai idea dan cara untuk menyambutnya. Namun situasi kami yang berjauhan dan hanya bertemu pada hujung minggu membuatkan saya terpaksa mengatur sesuatu yang lebih ringkas.

Tahun ini, saya hanya mengaturkan makan malam. ‘Dinner Bufet’ di salah sebuah hotel di pekan kecil. Cukup ringkas. Namun makan malam ini diadakan sehari lewat dari tarikh yang sebenar. Makanan yang dihidangkan agak ringkas. Bagi yang meminati variasi makanan yang lebih banyak, mungkin di sini kurang memenuhi tuntutan selera itu.

Buat hubby, “Selamat Hari Lahir yang ke – 29”. Maaf, kerana sambutan yang diadakan cukup ringkas lantaran tumpuan masa banyak dihabiskan untuk proses berpindah rumah. 

              (Antara hidangan di Tower Recency Hotel)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...