Tuesday, June 12, 2012

"Tuntutan Kerjaya"


Kais pagi, makan pagi...Kais petang, makan petang. Jika saya tidak mengais, dah tentunya perut ini akan berlapar. Untuk mengais pula, macam – macam perlu dilakukan. Maklumlah, demi mencari sesuap nasi.

Dalam setiap entri “Tuntutan Kerjaya”, saya akan kongsikan aktiviti – aktiviti atau program - program yang saya lakukan atau sertai dalam kerjaya saya. Terlalu banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya dapati sepanjang bekerja ini. Saya baru sahaja bekerja dalam tempoh 3 tahun lebih. Selepas menamatkan pengajian di UPM, Serdang pada tahun 2008, saya mula bekerja sehinggalah sekarang. Saya masih lagi dalam proses pembelajaran dalam setiap tugas yang saya lakukan.

Apa pula kerjaya saya??? Ohh... saya sekadar seorang pekerja kepada sebuah majikan. Yang perlu patuh pada setiap peraturan dan pekeliling perkhidmatan yang telah ditetapkan. Yang cuba sedaya upaya menyumbang bakti untuk setiap masyarakat di daerah kecil ini. Dan yang menerima ganjaran usaha pada setiap hujung bulan.

Nantikan entrinya ya!!! Jom kongsi!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...