Agak- agaknya, mesti kawan –kawan terfikir
tentang Taman Tema Air. Setiap kali melalui highway untuk ke selatan, saya
sering mengimpikan untuk ke sana. Tetapi tidak berpeluang sebab tiada masa dan
keperluan pun untuk ke sana. Kebiasaannya, tempat sebegini akan dikunjungi oleh
keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Tetapi, entah mengapa saya begitu
teringin walaupun saya bukanla penggemar Taman Tema Air.
Saya juga pernah luahkan pada hubby bahawa
saya teringin sangat untuk ke sana. Dan lantas hubby mencadangkan untuk kami
bercuti disana. Jadi, kami ambil keputusan untuk mengambil cuti selama 3 hari.
Inilah percutian yang pertama kami selepas berkahwin. Tidak jauh, di dalam
Malaysia saja. Segala urusan tempahan penginapan
dan tiket masuk dilakukan oleh hubby. Sepanjang perjalanan, memang excited. Maklumla, semasa bujang dahulu
tidak berkesempatan untuk bercuti di taman tema air kerana ayah saya tidak
menggemarinya.
Sampai sahaja disana, saya mahu check
in di Resort Hotel tetapi kelihatan
hubby keluar dari lobby dan menuju ke tempat lebih jauh. Rupa-rupanya hubby
buat suprise dan menempah penginapan
di Villa Suite. Jom kawan –kawan, kita lihat penginapan di Villa Suite.
 |
Kami menginap di Villa 1321 |
 |
Setiap tetamu akan diberi remote pagar |
 |
Bahagian hadapan Villa |
Ini bahagian depan Villa Suite. Tersergam indah di
hadapan villa ialah swimming pool
yang sangat besar. Untuk pandangan lebih jelas, jom kawan - kawan lihat
seterusnya!!!
 |
Swimming pool |
 |
Ada gazebo untuk beristirehat |
 |
Suka ruangan berehat disini |
Dah
lihat bahagian luar kan. Sekarang, kita lihat bahagian dalam Villa pula. Jommmmmmmmmm!!! Jooooooommmm!!!
 |
Ruangan televisyen..Abaikan siaran tu ye! |
 |
Master Bedroom |
 |
Bilik air utama. Ada bathtub |
 |
Bilik kedua |
 |
Bilik air di dalam bilik kedua |
 |
Ruang dapur. Kami bawa makanan ringan! |
 |
Ruang makan |
Mahu tahu tak ruang yang paling -paling saya suka??? Ruang yang paling - paling saya suka ialah Jakuzi!!! Ada pilihan air panas dan sejuk. Seronok sangat berendam dalam air panas. Menenangkan!!!
 |
Jakuzi!!! |
Penatnya menjelajah satu rumah ni kan
kawan – kawan. Bayangkanla penginapan sebesar ini dan kami hanya tinggal
berdua. Dah tentulah sunyi!!! Jadi, untuk menghilangkan sunyi, kami pun
menerjah tempat menarik di A’ Famosa Resort!!! Untuk entri seterusnya, saya
akan sambung kemudian. Sebab terlalu banyak aktiviti yang kami lakukan disana. Memang seronok A' Famosa ni kawan - kawan. Tak rugi bercuti dalam Malaysia!!!
Kawan- kawan tunggu tau!!!
salam kak..ade no contact utk villa ni x?
ReplyDeleteSalam, ada contact no villa ni?
ReplyDelete